Salam Maal Hijrah 1433: Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Salam sejahtera buat semua.

Salam Maal Hijrah

Berlalunya 1432H sebaik sahaja matahari terbenam lewat petang semalam dan bermulanya tahun baru 1433H sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib. Seperti biasa, sambutan Maal Hijrah saban tahun pasti diadakan dengan tema yang tersendiri. Tema sambutan Maal Hijrah 1433 kali ini ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Akan ada juga individu yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433.

Semasa ambang tahun baru hijrah lewat petang semalam, dipaparkan di TV1 acara membaca doa akhir tahun dan awal tahun yang diadakan di Masjid Negara yang dihadiri oleh orang kenamaan seperti Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Mungkin ada yang akan memperbaharui azam masing-masing bersempena dengan Maal Hijrah. Pastinya banyak juga program berkaitan Maal Hijrah dan sejarah di sebaliknya yang akan diperdengarkan pada hari ini. Bolehlah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk memperbaharui semula ingatan mengenai sirah di sebalih peristiwa hijrah ini.

Bagaimana pula dengan aktiviti saya pada hari ini? Mungkin saya akan bergerak pulang ke UTP semula pada hari ini. Bergantung kepada keadaan. Agak tinggi kemungkinan untuk saya bergerak pulang berseorangan. Doakan perjalanan saya dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. Salam Maal Hijrah!

beliamuda: Suka untuk membaca semula tulisan semasa hari terakhir tahun 1430H sambil melayan lagu Maal Hijrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge