Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk Universiti

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf, permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau ambilan Jun/Julai 2012 telah dibuka bermula pada 9 Januari 2012 yang lalu.

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM melibatkan semua IPTA yang ada pengambilan Asasi dan Diploma (atau lebih dikenali dengan permohonan kemasukan ke UPU oleh para pelajar) dan tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Fasa Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) dan Politeknik Premier

Proses permohonan kemasukan ke IPTA (UPU) dan Politeknik Premier terbahagi kepada dua fasa iaitu;

  • Fasa 1
    Pendaftaran Maklumat Pemohonan – 15 November 2011 – 31 Disember 2011 (telah pun dittutup tempoh hari)
  • Fasa 2
    Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – 9 Januari 2012 – 2 April 2012

Mereka yang tidak membuat pendaftaran semasa Fasa 1 dahulu masih boleh membuat permohonan semasa Fasa 2.

Kategori Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Permohonan ke IPTA (UPU) bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;

  • Kategori A
    Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2011 sahaja.
  • Kategori B
    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau 2009.
  • Kategori C
    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2008 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011.

Program Pengajian di IPTA (UPU) dan Politeknik Premier

Program pengajian yang boleh dipohon bagi lepasan SPM adalah seperti berikut;

  • IPTA: Program Persediaan – Asasi dan Diploma
  • Politeknik Premier: Diploma

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) dan Politkenik Premier

Permohonan secara online boleh di buat melalui laman sesawang Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 FASA 2.

Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.

Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.

Nombor Unik ID BSN bagi Permohonan Lepasan SPM dan Setaraf

Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 2 April 2012.

Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.

Slip Nombor Unik ID BSN

Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM10.60 atau hubungi UPU di 03-8870 6755/6766/6767/6777 untuk mendapatkan nombor yang baru secara percuma. Sila rujuk Makluman UPU.

Dasar dan Kriteria Pemilihan ke IPTA (UPU) dan Politeknik Premier

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Kriteria pemilihan adalah berasaskan;

  1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf;
  2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
  3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
  4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
  5. Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program pengajian yang memerlukan temu duga;
  6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
  7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA; dan
  8. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA.

Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.

Tarikh Tutup Permohnan ke IPTA (UPU) dan Politeknik Premier Sesi 2012/2013

Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier melalui UPU bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 2 April 2012.

Maklumat dan Info Tambahan

Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2012/2013 sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62200 WP Putrajaya.

Hotline UPU: 03 8870 6767 atau Helpline UPU: 03 8870 6777

Talian Am: 03 8870 6755/6766

Kaunter: 03 8870 6778

Faks: 03-8870 6864

E-mel: upu@mohe.gov.my

beliamuda: Tahun ni ada adik lepasan SPM 2011.

5 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012/2013

  1. Pingback: Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 « Jimie1402's Point of View

      • Gracias por tu sugerencia, aunque el SAC hace más énfasis en la espontaneidad con la que un colectivo persigue un objetivo, aparentemente de forma organizada, pero que en realidad es elaborado ni coordinado. Gracias por la visita, Juan Marcelo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge