Salam sejahtera buat semua.
Baru sahaja beberapa minggu sejak berakhirnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Seperti kebiasaan, sebaik sahaja berakhirnya PMR, timbul pula persoalan tentang tarikh pengumuman keputusan PMR 2011. Sudah ada yang mula mengajukan pertanyaan ini kepada saya dalam tulisan tahun lepas.
Nampaknya adik-adik Tingkatan 3 sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan masing-masing, walaupun sebenarnya ramai lebih suka selepas berakhirnya peperiksaan tersebut. Mana taknya, ramai yang mengatakan tempoh selepas berakhir PMR sebagai musim berbulan madu (baca: honeymoon) sebelum mereka perlu menempuh SPM pula pada 2013 nanti.
Semasa berlangsungnya peperiksaan PMR 2011 tempoh hari, PMR 2011 (atau PMR) telah menjadi Trending Topic (TT) di laman Twitter (bagi demografi Malaysia). Rasanya inilah kali pertama PMR menjadi TT di sana. Mungkin juga kerana pengenalan demografi TT.
Dijangkakan, keputusan rasmi PMR 2011 akan diumumkan sebelum perayaan Krismas pada 25 Disember 2011 iaitu pada hari Khamis (22 hb) ataupun pada hari Jumaat (23 hb). Mengimbas kembali pengumuman keputusan PMR 2010, ianya diumumkan pada 23 Disember 2010. Jadi, tarikh pengumuman pada tahun ini berkemungkinan akan lebih kurang sahaja dengan tarikh tahun lalu.
Itulah jangkaan saya. Jika korang ada maklumat yang lebih sahih dan tepat, diharap korang dapat kongsikan dengan kami semua. Err, ada juga ke kes kebocoran soalan/jawapan yang terjadi semasa PMR 2011 seperti yang terjadi semasa UPSR 2011?
beliamuda: Adakah khabar angin berkenaan tarikh keputusan PMR 2011 akan bertiup kencang seperti tahun lalu?
larh kte 16.12 nyh..??pning-2..
@mey ainy, mana dengar pulak cakap 16 Dec ni? Boleh kongsi dengan kami tak?
@beliamuda, sy dpt tahu dr cikgu sek men teknik yg dtg bg ceramah dkt sek sy,dia kt dia baru balik dr mesyuarat dgn kementerian pelajaran,so dia bgtau dkt kami semua.Diconfirmkan lg dgn kwn ayah sy,PK Hem satu sek nie.So,saya rasa betul la kot 16 Dis.Kalo ya,bagusla,sy memang x sabar nak tau result.Hrp2 8A dlm tgn,AMIN!!!! 🙂
@Reino Vie Ghoul, Ameen.
Doakn sy dpt 8A!sy nk mak dgn ayh tsnyum bangga dan gmbira nnti:)
@zirah, Semoga zirah dapat 8A~
kalo x silap,16 Dis nie.awal pulak 😀
ermm …
ada laman web tmpat cek result PMR secare online ke nanti ???
bole share ???
@SaM, setakat ni tak pernah lagi ada semakan result PMR secara online. Kalau ada, nanti saya akan kongsikan.
sya xdpat p0n s0aln b0cor..xkisah pun…xpe…asalkn kita jujur dgn diri sndri
betul ke kluar 16 disember??ni rumours baru kluar ke?atau btul dh confirm?tkot beno sye..
@cassilas, rasanya rumours lagi sebab masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak LPM.
Pingback: Khabar Angin Tarikh Keputusan PMR 2011 | beliamuda {dot} com
bile tarikh keputusan PMR yg sebenar yew??
@nur atiqah, setakat ni masih belum diketahui lagi.
takut..gembira..berdebar n macam feeling ade bile result dh nk kuar…semoga sy berjaya mendapat 8A n dpt masuk MRSM… amin
fiizhah´s last blog about ..Saya Demam =)
@fiizhah, Ameen.
jap2…sy ada 1 kmusykilan…klau korg ckp 16 disember ni trikh kluar result,mknanya esok mesti dorg akan umum tarikh sbenar sbb slalu sminggu sblum rsult dorg akan umum ble trikh die…klau 16dis,sminggu sblum tu mknyanya hri jumaat ni la…….TAPI……klau esok x de umum jugak,mknya 16disember ni la tarikh yg dorg umum..klau umum 16dis,sminggu lpas tu dlm 22 atau 23disember la….hehe…yg ni la yg sy fkir slama ni..apa2 pn tunggu je…let the time flows~:)
@yaya toure, yup, sepatutnya macam tu la. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.