Menikmati Matahari Terbenam di Marina Island, Lumut

Salam sejahtera buat semua.

Menikmati Sunset di Marina Island
Tempat letak parking di Marina Bay, percuma untuk tiga jam pertama

Pengalaman kali pertama menikmati pemandangan matahari terbenam akhirnya tercapai jua walaupun ianya tidak dirancang pun sebenarnya. Perjalanan yang sekadar ingin mengenal jalan disekitar Lumut kemudian bertukar menjadi satu pengalaman indah bersama dengan rakan-rakan.

Kebetulan pada waktu tersebut, kami baru sahaja tiba di kawasan Marina Island sebuah pulau buatan manusia di Teluk Muruh, Lumut, Perak. Marina Island berhadapan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut. Ada perkhidmatan ke Pulau Pangkor yang disediakan melalui pulau buatan ini.

Jom tengok gambar-gambar di bawah, antara yang sempat saya rakamkan semasa berada di sana sehingga matahari terbenam sepenuhnya sebelum beredar ke bandar Lumut untuk solat Maghrib.

Menikmati Sunset di Marina Island
Tiket parking di Marina Island

Menikmati Sunset di Marina Island
Penafian oleh pihak pengurusan Marina Island

Menikmati Sunset di Marina Island
Matahari masih lagi tinggi

Menikmati Sunset di Marina Island
Orang ramai yang mengambil peluang menikmati pemandangan matahari terbenam

Menikmati Sunset di Marina Island
Ada pasangan pengantin yang sedang bergambar pada waktu tersebut

Menikmati Sunset di Marina Island
Shamsul dan Irsyad

Menikmati Sunset di Marina Island
Luqman (rumet) dan beliamuda ^^

Menikmati Sunset di Marina Island
Sungguh manis mereka berdua. Keh3

Menikmati Sunset di Marina Island
Kerusi turut disediakan di sepanjang kawasan menghadap laut

Menikmati Sunset di Marina Island
Tak boleh lepaskan peluang merakam gambar matahari hampir terbenam

Menikmati Sunset di Marina Island
Inilah gambar yang menjadi latar kepada Pujangga Rindu

Pengalaman matahari terbenam adalah salah satu aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Kemaskini lain akan menyusul untuk aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan pada hari tersebut.

Laman rasmi Marina Island

beliamuda: Matahari terbenam sudah berjaya. Bila pula misi untuk matahari terbit? Haaa, yang ni payah sikit. Huhu~

4 thoughts on “Menikmati Matahari Terbenam di Marina Island, Lumut

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge