Salam sejahtera buat semua.
Baru sahaja beberapa minggu sejak berakhirnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Seperti kebiasaan, sebaik sahaja berakhirnya PMR, timbul pula persoalan tentang tarikh pengumuman keputusan PMR 2011. Sudah ada yang mula mengajukan pertanyaan ini kepada saya dalam tulisan tahun lepas.
Nampaknya adik-adik Tingkatan 3 sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan masing-masing, walaupun sebenarnya ramai lebih suka selepas berakhirnya peperiksaan tersebut. Mana taknya, ramai yang mengatakan tempoh selepas berakhir PMR sebagai musim berbulan madu (baca: honeymoon) sebelum mereka perlu menempuh SPM pula pada 2013 nanti.