Khabar Angin Tarikh Keputusan PMR 2010

Salam sejahtera buat semua.

Semakin hari menjauh daripada masa pelajar Tingkatan 3 menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tempoh hari, semakin dekat dengan tarikh pengumuman keputusan PMR 2010.

Seperti biasa, pastinya ada desas-desus dan khabar angin yang bertiup kencang sesama pelajar Form 3 tentang bilakah keputusan PMR 2010 ini akan keluar. Antara khabar angin ini, ada dua tarikh yang paling meluas tersebar.

Awalnya di laman Facebook, tersebar luas dikalangan pelajar yang result PMR 2010 akan keluar pada 28 Disember 2010 (Selasa). Ramai juga yang percaya dengan tarikh ini.

Satu lagi tarikh yang turut digembar-gemburkan ialah 22 Disember 2010 (Rabu). Ada seorang pelajar yang juga calon PMR 2010 dengan yakin mengatakan dia mengetahui perkara ini melalui sumber-sumber dipercayai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); identiti dan sumber dipetik dirahsiakan, sila cari sendiri.

Jujurnya, tarikh-tarikh yang diletakkan di atas adalah lebih kepada khabar angin sahaja. Selagi belum diumumkan tarikh pengumuman keputusan PMR 2010, ianya belum dikira rasmi. Boleh juga rujuk komen-komen di entri “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2010?“.

beliamuda: Anggaplah ini sebagai bahan pengisi masa bosan anda dalam menanti keputusan PMR 2010 keluar…

Comments

64 responses to “Khabar Angin Tarikh Keputusan PMR 2010”

  1. rein Avatar
    rein

    ish…mne stu yg btol ny..23 or 28??
    da lurh nga tkot ny..

    1. fye Avatar

      @rein, btol uw…!!sye pn dnga antre 23@28….argh!wat ket ati je pkir pasal tarikh ni…..

  2. fitri Avatar
    fitri

    wah..berdebar debar jantung ku ini..
    bila tarikh yg tepat?

  3. rahsia Avatar
    rahsia

    result pmr kuar 23 dec…..

  4. rahsia Avatar

    result pmr kuar 23 dec

  5. Samuel Avatar
    Samuel

    Memang sahlah, sumber yang diperoleh. Keputusan PMR diumumkan pada 23hb Disember 2010.

    Keputusan PMR diumum 23 Disember
    KUALA LUMPUR 15 Dis. – Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

    Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

    Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

    Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. – BERNAMA.
    Sumber : Berita harian

  6. marlyna may Avatar
    marlyna may

    so bla la nak kuar ?
    neves tol nee…

  7. sakura Avatar

    tkot nye r result nk kuar………..

  8. ainlim Avatar
    ainlim

    mnglabh jga bla tringatkn sal kptsn pmr akn kluar t mdah2an cmrlng lh kptsn pmr q

  9. Donnel Avatar

    Bila keputusan PMR 2011 di keluarkan?

    1. beliamuda Avatar

      @Donnel, belum diketahui lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge