Salam sejahtera buat semua.
Kisah perjalanan kami bertiga dari UTP ke PBAKL 2011 bersambung daripada bahagian 1. Dalam entri sebelum ini, saya menoktahkan cerita sebelum sempat tiba di KL Sentral. Jom kita sambung semula kisah perjalanan tersebut.
Dalam entri kali ini, saya lebih banyak berkongsi gambar di sekitar PBAKL 2011 yang berlangsung di PWTC dan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan perjalanan saya bersama rakan-rakan.
Ketibaan di KL Sentral
Kami bertiga akhirnya tiba di KL Sentral apabila waktu semakin menghampiri pukul 8 pagi. Oleh kerana masih lagi terlalu awal untuk terus bergerak ke PWTC, maka kami bercadang untuk bersarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Sebelum itu, tiket perjalanan balik ke KTM Batu Gajah pada petang nanti perlu dibeli terlebih dahulu.
Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di KL Sentral. Nasib baik Faris sudah biasa dengan datang ke sini, jadi kami banyak bergantung dengan pengalaman Faris.
Oleh kerana kami tiba awal di KL Sentral, dapatlah jugak kami mengelak keadaan yang sesak dan berjaya mendapatkan tempat duduk di dalam McDonald KL Sentral. Kecil je pun keluasan McD kat sini. Dalam setengah jam kemudian, kawan kami yang lebih awal menaiki tren pada pukul 5 pagi tiba di sini.
Asalnya rancang nak online sebentar di sini, tapi Wifi kat McD masa tu macam tak berfungsi je. Mobile Internet dalam henpon ni dah nak sampai had penggunaan. Oleh kerana rancangan asal tidak berjaya, saya mengajak Faris untuk beredar lebih awal dari situ meninggalkan Farhan dan Aizat untuk terus ke PWTC sambil singgah di Hotel Seri Pacific untuk berjumpa dengan keluarga yang kebetulan ada menginap di sana.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Sebelum kami menjejakkan kaki ke PWTC bagi PBAKL 2011, saya mengajak Faris ke Hotel Seri Pacific terlebih dahulu. Dapatlah jugak membasahkan tubuh yang tidak sempat pun untuk disiram dengan air sebelum memulakan perjalanan ke KTM Batu Gajah.
Kami mengambil peluang untuk bersantai sebentar di sini sambil menanti pukul 10 pagi sebelum turun ke PWTC. Di bawah adalah gambar terpilih yang sempat dirakam semasa kami mengunjungi PBAKL 2011.
Korang boleh tengok sendiri betapa ramainya umat manusia yang datang ke sini. Gambar yang diambil ni adalah sekitar pukul 10, maknanya masih awal lagi. Orang semakin ramai apabila waktu berganjak menghampiri tengah hari.
Di pesta buku yang berprestij seperti PBAKL, pastinya ada penulis buku yang turut serta untuk mempromosikan buku masing-masing. Ada juga permainan mudah yang disediakan bagi memeriahkan lagi suasana di PBAKL 2011. Adik saya sendiri ada menyertai permainan book hunt (pelajar sekolah) dan memenangi tempat pertama. Lumayan juga hadiah yang dia dapat tu.
Sasterawan negara keempat, A. Samad Said turut berada di bilik pameran PTS untuk mempromosikan buku terbarunya. Kalau tak silap, buku tu bertajuk Al-Amin. Beberapa personaliti lain turut ditemui seperti Dr. Lim Swee Tim yang kebetulan pada masa tu tengah mendeklamasikan puisi dalam loghat Kelantan (video ada dirakam, jika berkesempatan akan dikongsi kemudian).
beliamuda: Saya noktahkan dulu bahagian kedua untuk disambung di bahagian ketiga nanti. Nak membaca dan bersedia untuk final exam yang akan bermula esok. Doakan saya ya~
ETS ktm malaysia ni 2nd pnye… bukan yg baru pnye
@zul, Seriously? Bukan ke ETS ni mmg dari Hyundai (korea) first hand ke?
@zul, erk? biaq betoi
Faris Al-Muhandisu´s last blog about ..Sejarah Pasti Berulang
Nice, nice. Post la deklamasi sajak tu, teringin nak tengok sajak dalam loghat Kelate 🙂
Nurfaiz Shaidan´s last blog about ..Max 247 @ 24- 7 Debut Performance at Youth Tourism Fair 2011
@Nurfaiz Shaidan, deklamasi sajak tu dah masuk Youtube (channel saya). Nanti saya kongsi dalam entri.
tahniah kat adik, jangan abang rembat hadiah adik sudah… 😛
Pisyek´s last blog about ..Joomla! Day Malaysia 2011
@Pisyek, macam mana la abang nak rembat kalau hadiah tu masuk terus ke akaun bank adik.
Pergi hari yang terakhir ya? Tak sempat kita berjumpa di sana.
Sama-sama bakal menghadapi imtihan. Bittaufiq wan najah 😀
muhammad fakhruddin´s last blog about ..The Book Fair at PWTC
@muhammad fakhruddin, ya, hari terakhir tu curi juga masa untuk ke sana dengan rakan-rakan.
deklamasi sajak kot kelate mmg terbaek la.. pekat terlajok sampai ak pun x paham. haha
Faris Al-Muhandisu´s last blog about ..Sejarah Pasti Berulang
@Faris Al-Muhandisu, siyesli. aku pun blurr je nak paham. haha.