HTC Desire S: Aplikasi Wajib Pasang

Salam sejahtera buat semua.

Banner Apps Wajib HTC Desire S

Tidah kena kalau pakai telefon pintar tetapi tidak menggunakan aplikasi yang boleh ditampung dan disediakan untuk gajet tersebut. Apatah lagi jika anda adalah seorang blogger ataupun pengguna tegar media sosial seperti Facebook dan Twitter. Lebih menarik lagi, kebanyakan aplikasi ini adalah percuma untukk digunakan.

Dalam entri kali ini, saya ingin menyenaraikan beberapa aplikasi yang pada saya wajib ada dalam telefon pintar anda bagi memudahkan urusan anda dan memenuhi kehendak gaya hidup sosial anda.

 

WordPress

desires-cap11 desires-cap10 desires-cap7

Bagi seorang blogger, aplikasi yang membantu untuk mengemaskini blog dengan entri baru adalah satu aplikasi yang wajib ada. Bagi saya yang menggunakan blog dengan platform WordPress, aplikasi di atas menjadi pilihan. Bagi pengguna blogspot, ada juga aplikasi untuk anda gunakan, tetapi kerana saya tidak menggunakan platform tersebut, jadi saya tidak memuat turun aplikasi berkenaan ke dalam HTC Desire S.

desires-cap9 desires-cap8

Beberapa fungsi asas disediakan dalam aplikasi ini seperti kemudahan untuk melihat paparan komen, entri, halaman dan statistik. Entri yang baru ditulis akan disimpan sebagai draft dalam memori telefon sebelum dimuat naik ke blog untuk dipaparkan. Salah satu contoh entri yang saya tulis dengan menggunakan aplikasi ini ialah “Grand Dinner Batch Jan 07

 

Facebook

desires-cap31 desires-cap29 desires-cap30

Bagi negara yang mempunyai peratus paling ramai pengguna Facebook di dunia, memiliki aplikasi Facebook dalam telefon pintar pastinya membantu korang berhubung dengan rakan yang turut aktif di FB. Aplikasi FB ini boleh membantu korang kekal berhubung seperti menggunakan FB di laptop dan komputer. Korang boleh menyemak status terkini rakan FB, membuka profil, memuat naik gambar dan menggunakan fungsi Places.

 

Twitter

desires-cap19 desires-cap18 desires-cap17

Sebagai seorang pengguna Twitter yang aktif, saya memerlukan aplikasi bagi memudahkan saya berkicau dengan rakan-rakan. Aplikasi yang dipaparkan dalam gambar adalah ringkas sahaja, cukup untuk tweet, mention, dan menghantar DM. Kalau korang pengguna yang tegar, bolehlah guna aplikasi lain yang tersedia di Android Market.

 

Gmail

desires-cap28 desires-cap25 desires-cap26

Saya memuat turun aplikasi Gmail bagi memudahkan urusan menyemak emel, kebetulan dengan masalah Internet yang melanda sejak kebelakangan ini. Siap ada rakan-rakan yang menyindir lagi kerana setiap emel yang dihantar menggunakan aplikasi ini akan ditulis dengan “Sent from my HTC” (boleh dipadam). =P

 

Google Talk (Gtalk)

desires-cap16 desires-cap24 desires-cap23

Salah satu aplikasi IM yang paling kerap saya gunakan ialah Gtalk. Dengan aplikasi ni, saya boleh berhubung dengan rakan-rakan tanpa perlu kekal berada di depan laptop. Salah satu sebab saya aktif menggunakan aplikasi ini di HTC Desire S ialah kerana masalah sambungan Internet yang dihadapi. Aplikasi untuk Yahoo! Messenger (YM) juga ada untuk digunakan.

 

Foursquare

desires-cap14 desires-cap15 desires-cap27

Mungkin tidak ramai yang menggunakan Foursquare di luar sana, namun ada yang gemar berkongsi kedudukan semasa mereka dengan check-in di tempat tersebut. Saya mula menggunakan Foursquare di Nokia 5800XM, namun atas beberapa sebab, saya jarang menggunakannya. Kini, dengan HTC Desire S, saya sekali lagi cuba menggunakannya. Kalau korang kerap mengunjungi tempat yang menarik dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan, Foursquare boleh menjadi medium untuk korang berkongsi dengan keseronokan (ada poin, badges, dan mayorship).

 

Aplikasi-aplikasi lain

desires-cap13 desires-cap12

Selain aplikasi lain di atas, ada juga beberapa aplikasi lain yang saya cuba muat turun dan guna seperti aplikasi untuk Yahoo! Mail. Selain itu, ada juga aplikasi antivirus seperti AVG yang disediakan di Android Market. Apa salahnya kalau cuba guna. Saya tak pasti sejauh mana keberkesanan antivirus ni.

desires-cap22 desires-cap21 desires-cap20

 

beliamuda: Banyak sangat aplikasi yang boleh dimuat turun dari Android Market. Kebanyakan aplikasi yang dipaparkan adalah antara aplikasi yang paling banyak dimuat turun dan digunakan. Sesetengahnya memang telah sedia dipasang (baca: pre-installed).

13 thoughts on “HTC Desire S: Aplikasi Wajib Pasang

    • @Ahmad Fikrizaman, so far takde lagi. lagipun, HTC Desire S mmg target untuk multi-tasking pada satu-satu masa. Selalu je guna pelbagai apps at one time (gmail, gtalk, ym, fb, twitter) ok lagi la. just bateri laju je drain.

  1. Pingback: HTC Desire S: Hilangkan Bosan dengan Pelbagai Aplikasi Permainan | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge