Ekspo Buku Islam 2011 di KL Sentral

Salam sejahtera buat semua.

Ekspo Buku Islam 2011

Antara penerbit yang terlibat dalam Ekspo Buku Islam ini termasuklah PTS, Sinergi Ilmu, Telaga Biru, Galeri Ilmu dan banyak lagi penerbit tempatan.

Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan Ekspo Buku Islam yang diadakan pada 26 Oktober hingga 1 November 2011 ini bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam di Tingkat 2, Stesen Sentral, Kuala Lumpur (KL Sentral).

Berada di Kuala Lumpur Bersama-sama Dengan Irsyad

Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, saya berada di Kuala Lumpur bersama-sama dengan seorang sahabat iaitu Irsyad. Kami baru sahaja tiba di Stesen KL Sentral sekitar pukul 1.30 petang.
Destinasi kami adalah ke 1 Utama. Jadi, sebelum bergerak ke sana, perut diisi terlebih dahulu di KFC. Macam biasa, orang agak ramai dan memenuhi ruang tempat duduk di sini. Kena lagi dengan hujung minggu.
Apakah tujuan sebenar kami ke KL sedangkan Convofair UTP 2011 sedang berlangsung sepanjang hujung minggu ini? Nantikan kemaskini saya yang seterusnya. Masa untuk menjamu selera. Selamat menikmati makanan tengah hari anda!
beliamuda: Kali ketiga di KL Sentral dan menaiki ETS daripada Batu Gajah.

Berada di Kuala Lumpur dengan Penaberkala

Salam sejahtera buat semua.
Sekarang ini saya berada di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Khairul Anuar a.k.a Penaberkala untuk menghadiri satu acara yang saya sendiri kurang jelas pengisiannya. Ianya dianjurkan oleh Samsung khas untuk pengguna Galaxy S2.
Berlepas dari stesen KTM Batu Gajah pada 5.40 pagi dengan menaiki ETS, kami tiba di KL Sentral sekitar pukul 7.50 pagi. Sekarang ni baru sahaja selesai bersarapan di McDonald’s.
Mungkin kami akan meluangkan masa di sini sebelum bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Kami akan menaiki LRT ke Ampang Park kerana lokasi acara berdekatan dengan situ.
Setakat ini sahaja untuk kali ini. Kemaskini ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan wifi McD.
beliamuda: Masih lagi mengantuk…

Perjalanan UTP – PBAKL 2011 (Bahagian 2)

Salam sejahtera buat semua.

Perjalan UTP - PBAKL 2011

Kisah perjalanan kami bertiga dari UTP ke PBAKL 2011 bersambung daripada bahagian 1. Dalam entri sebelum ini, saya menoktahkan cerita sebelum sempat tiba di KL Sentral. Jom kita sambung semula kisah perjalanan tersebut.

Dalam entri kali ini, saya lebih banyak berkongsi gambar di sekitar PBAKL 2011 yang berlangsung di PWTC dan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan perjalanan saya bersama rakan-rakan.

Continue reading