Perjalanan UTP – PBAKL 2011 (Bahagian 2)

Salam sejahtera buat semua.

Perjalan UTP - PBAKL 2011

Kisah perjalanan kami bertiga dari UTP ke PBAKL 2011 bersambung daripada bahagian 1. Dalam entri sebelum ini, saya menoktahkan cerita sebelum sempat tiba di KL Sentral. Jom kita sambung semula kisah perjalanan tersebut.

Dalam entri kali ini, saya lebih banyak berkongsi gambar di sekitar PBAKL 2011 yang berlangsung di PWTC dan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan perjalanan saya bersama rakan-rakan.

Continue reading

Perjalanan UTP – PBAKL 2011 (Bahagian 1)

Salam sejahtera buat semua.

ETS Ipoh - KL Sentral

Seperti yang telah dirancangkan bersama dengan Faris beberapa minggu yang lalu, rancangan untuk menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) buat kali pertama akhirnya menjadi realiti. Turut serta dengan kami ialah Farhan Faiz yang menyatakan keinginan untuk turut serta setelah diajak oleh Faris.

Continue reading

Tarikh Pelancaran Novel Sutera Bidadari semasa PBAKL 2011

Salam sejahtera buat semua.

RAMFC FB Sutera Bidadari

Menurut sumber berita daripada FB RAMFC, novel Sutera Bidadari akan mula didapati pada hari pelancaran novel tersebut di Pesta Buku Antarabangsa 2011, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Untuk makluman, tarikh pelancaran novel tersebut adalah antara 30 April dan 1 Mei 2011. Turut diberitahu, buku tersebut baru sahaja siap dicetak.

Continue reading