Ranking MRSM untuk Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Ranking MRSM dalam keputusan SPM 2011!]

logo MRSM

Akhirnya, kedudukan penuh bagi seluruh Maktab Rendah Sains MARA di Malaysia dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah pun diketahui. Pasti bekas-bekas pelajar, alumni dan ahli Anak Sains MARA (ANSARA) ingin mengetahui bagaimanakah prestasi MRSM masing-masing.

Ranking ini disusun berdasarkan Gred Purata Maktab (GPM) yang dikira daripada keputusan SPM setiap pelajar. Untuk 7 MRSM paling cemerlang SPM 2010, anda boleh semak untuk GPM setiap MRSM terbabit.

Saban tahun, kedudukan ini berubah-ubah dan kebiasaanya MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) @ Bitara akan mendahului senarai empat teratas. Berbeza dengan ranking MRSM SPM 2009, tahun ini empat MRSM teratas didahului oleh MRSM PKP (saya tidak pasti tentang status MRSM Langkawi). Tahun ini juga mencatat pertambahan dua MRSM ke dalam senarai iaitu MRSM Bentong (Pahang) dan MRSM Betong (Sarawak).

Lihat senarai penuh di bawah untuk kedudukan MRSM dalam SPM 2010.

Ranking MRSM SPM 2010

  1. Pengkala Chepa
  2. Tun Ghafar Baba
  3. Taiping
  4. Langkawi
  5. Kuala Kubu Bharu
  6. Kubang Pasu
  7. Kuala Berang
  8. Alor Gajah
  9. Kuala Terengganu
  10. Serting
  11. Pengkalan Hulu
  12. Tawau
  13. Kuching
  14. Kepala Batas
  15. Muadzam Shah
  16. Merbok
  17. Kota Putra
  18. Pasir Salak
  19. Pontian
  20. Kuala Lipis
  21. Terendak
  22. Kota kinabalu
  23. PDRM Kulim
  24. Kuantan
  25. Lenggong
  26. Batu Pahat
  27. Besut
  28. Gemencheh
  29. Jeli
  30. Beseri
  31. Bentong
  32. Balik Pulau
  33. Pendang
  34. Mersing
  35. Muar
  36. Kuala krai
  37. Betong
  38. Transkrian

Cikgu Asrul balas mesej saya pukul 2 pagi tadi semata-mata nak beritahu yang senarai kedudukan MRSM untuk SPM 2010 berada di pejabat Pengetua. Saya hantar mesej melalui FB, tapi cikgu balas melalui SMS. Mana cikgu dapat nombor saya ya? (-_-)?

beliamuda: Pasti ada yang akan tanya, kenapa saya boldkan MRSM paling atas dan MRSM paling bawah. Sebabnya ialah, saya pernah menuntut di MRSM Transkrian (menengah rendah) dan MRSM Pengkalan Chepa (menengah atas).

Comments

42 responses to “Ranking MRSM untuk Keputusan SPM 2010”

  1. mohamadfaizalrosli Avatar

    mrsm pdrm no 23.. tak berubah ranking tetapi bilangan mrsm semakin banyak… tapi kenapa mrsm pdrm ramai yang b sibjek bm?? disebabkan kebocoran soalan yang berlaku dekat junjong, kulim ke?? amat memelikkan kerana mrsm batu pahat hanya seorang dapat b… hurm.. harus direnung-renungkan ni..

    saya: pelajar batch spm 2010 mrsm pdrm..

  2. penhitam Avatar

    hoho..dah lama tinggal mrsm nih..

    1. beliamuda Avatar

      @penhitam, MRSM mana dulu?

  3. Taira Beng Avatar
    Taira Beng

    Kenapa GPS semua maktab tak direveal macam rangking semua SBP?

    1. beliamuda Avatar

      @Taira Beng, sebab takde info la. kalau ada, dah ditunjukkan sekali.

  4. naz Avatar
    naz

    saya skang batch 2011 mrsm trans. skang ni mmg ada krisis. byk la faktor kenapa dpt last, last yr. dgr2 psl perangai teruk,cikgu english x mengajar n pentadbiran yg x amik peduli. this yr baru nk wt peningkatan. saya harap batch saya boleh bhat peningkatan la doakan kami spm 10A+ 100%

    1. beliamuda Avatar

      @naz, abang doakan semua berjalan lancar untuk batch SPM 2011.

      1. kyo_9 Avatar

        @beliamuda, huhu.. adik ak baru dapat phone call tadi cakap dapat masuk MRSM Transkrian panggilan terakhir.. cuba selidik pastu dapat tau ranking paling bawah! subhanallah.. ada kes rupa nye sebelum ni.. teringin nk tgk ranking tahun lepas dan tahun2 sebelum nye ntk buat perbandingan..

        1. beliamuda Avatar

          @kyo_9, ranking sebelum ni boleh rujuk dalam ranking 2009. Tapi kalau sebelum2 ni, mungkin takde. Semasa batch pertama, MRSM Transkrian tidaklah seteruk ni. Biasa la, ada masa di atas, ada masa di bawah. Mungkin batch adik anda tu akan membawanya ke atas semula.

  5. faten nurul Avatar
    faten nurul

    sangat terkejut ! as an ex student of transkrian during menengah rendah, seriously im shocked. shocked !!!!
    mcm kena heart attack 🙁
    OMG ! what can i say ??? all the best for SPM 2011..
    masa zaman tuan haji yusof jadi pengetua, i thought it was the best thing ever in transkrian.beliau sangat prihatin dgn pencapaian student.siap ada tagline sendiri BETTER THAN THE BEST.

    1. beliamuda Avatar

      @faten nurul, well, I’m shocked too.

      1. S@M$3nG Avatar
        S@M$3nG

        @beliamuda, penipu ko lembap

        1. beliamuda Avatar

          @S@M$3nG, alhamdulillah.

  6. S@M$3nG Avatar
    S@M$3nG

    INI SEMUA TIPU!! MRSM Tgs sepatutunya menjadi yang terbaik di seluruh MRSM!!! MRSM lain semuanya TERCOROT!!

    1. beliamuda Avatar

      @S@M$3nG, itulah. mungkin semuanya tipu belaka kan.

  7. ajim Avatar
    ajim

    mrsm jeli terbaek

  8. mr.unknown Avatar
    mr.unknown

    woi jepa ko phal ejek aq ikan keli , koya sial ko . . . aq nk gocoh ngan ko skang bleh ak , ???

  9. […] di dalam ranking MRSM dalam keputusan SPM 2010, saya ada menghitamkan nama dua buah MRSM. Kebetulan dalam senarai tahun lalu, kedua-dua MRSM […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge