Salam sejahtera buat semua.
Dalam pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 peringkat kebangsaan, sekolah yang dipilih terbaik bagi keseluruhan ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER).
Pencapaian ini adalah kali kedua buat sekolah ini yang turut dipilih terbaik bagi tahun lepas. Pada tahun 2009, SM Sains Tuanku Munawir mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.97, manakala pada tahun ini pada 0.89.
Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran
Berita ini dipetik daripada laporan di BERNAMA.
Kenapa MRSM PC bukan yang terbaik?
Jika dilihat dalam ranking MRSM bagi keputusan SPM 2010, turut dinyatakan di situ Gred Purata Maktab (GPM) yang sepatutnya sama dari segi maksud dengan GPS. GPM bagi MRSM PC ialah 0.83 menjadikan MRSM PC terbaik dalam kalangan MRSM untuk keputusan SPM 2010.
Jika dibandingkan nilai GPM MRSM PC (0.83) dengan GPS SMS Tuanku Munawir (0.89), sudah tentulah MRSM PC adalah yang terbaik bagi institusi pendidikan di Malaysia bagi keputusan SPM 2010. Adakah anda bersetuju dengan saya?
Jadi, kenapakah bukan MRSM PC yang dipilih sebagai yang terbaik? Telahan saya mungkin kerana perbezaan sistem (MRSM bukan di bawah KPM). Anda rasa?
beliamuda: Tidak kisah siapa yang terbaik. Yang penting, cabaran untuk lepasan SPM melanjutkan pelajaran selepas ini. Sudah adakah hala tuju masing-masing?
hah KPM bias…
taknak ngaku la tu…
elehh kalo result budak sekolah biase tak ok pun…
KPM sanggup turunkan gred banyak2 konon nak bagi setaraf…
konon anak MARA manja…
anak KPM je yang ok…
huh dah la budak SBP semuanya berlagak…
yunkaer´s last blog about ..Kill Me
@yunkaer, yup betol,padahl sbp lagi anak manca,sebab tu senang2 je dapat masuk u,mrsm payah sikit memang agak dianak tirikan,tapi anak mara memang best,i sokong mrsm love my maktab,tahun ni jatuh dapt no 11
@anaiha yusof, sedih ranking mktab jatuh tahun ni…tapi xpe bersyukur dengan apa yg ada
yunkaer´s last blog about ..Kill Me
Pingback: Ranking SBP bagi Keputusan SPM 2010 | beliamuda {dot} com
oh~ sejak bile SASER tukar nama ni? tak tahu pun… 🙁
Pisyek´s last blog about ..Sumbu 1 oleh Jomlinux
@Pisyek, Saser tukar nama sejak
tahun lepasMac tahun ni, selepasTuanku MunawirTuanku Mukhriz Tuanku Munawir dimahsyurkan.@beliamuda, ehem harap maklum..Almarhum Tuanku Munawir sudah pun magkat pada tahun 1967..yang baru ditabalkan itu anakanda Tuanku Munawir yakni Tuanku Mukhriz, harap ambil perhatian yer..dan lagi satu, SASER tukar nama pada mac tahun ni jugak. tq
@valedictorian, oopss mangkat..typo
@valedictorian, ops. Terima kasih kerana membetulkan. 🙂
last pelajar terbaik Malaysia daripada sbp jugak..
SBP boleh & tak heran kalau jadi sekolah terbaik coz semua pelajar yg masuk SBP pelajar2 yg cemerlang dari UPSR or PT3….cuba cikgu2 dari sekolah terbaik dihantar ke sekolah luar bandar,boleh ke cikgu2 sekolah sbp nie jadikan sekolah luar bandar sekolah terbaik?…yg terbaik cikgu2 sekolah rendah yg didik anak murid mencapai keputusan cemerlang first big exam murid2 iaitu UPSR….