MRSM Cemerlang SPM 2010: Kedudukan 7 MRSM Terbaik

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM

Salah satu perkara yang paling ingin diketahui selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 diumumkan ialah kedudukan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menjadi antara peneraju dalam kedudukan teratas keputusan SPM 2010.

Seperti yang dimaklumkan, bagi keputusan SPM 2010, MRSM yang menduduki tempat pertama keputusan SPM 2010 ialah MRSM Pengkalan Chepa dengan Gred Purata Maktab (GPM) 0.83.

Dipaparkan di bawah ialah ranking 7 MRSM terbaik dan GPM masing-masing.

Ranking MRSM 7 Terbaik untuk Keputusan SPM 2010

  1. MRSM Pengkalan Chepa – 0.83
  2. MRSM Tun Ghafar Baba (MRSM Jasin) – 0.91
  3. MRSM Taiping – 0.97
  4. MRSM Langkawi – 1.33
  5. MRSM Kuala Kubu Baharu – 1.68
  6. MRSM Kubang Pasu – 1.73
  7. MRSM Kuala Berang – 1.73

Ranking teratas MRSM ini adalah yang dikategorikan cemerlang dengan GPM di bawah 1.75. Empat kedudukan MRSM teratas didahului oleh MRSM PKP – Program Khas Pengajian. Anda boleh bandingkan dengan kedudukan MRSM untuk keputusan SPM 2009.

 

Ringkasan Keputusan SPM 2010 untuk MRSM

Seramai 1,249 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Jumlah ini merangkumi 18.28 peratus daripada keseluruhan 6,833 calon dari 38 MRSM yang menduduki peperiksaan SPM 2010.

Sumber untuk kedudukan selepas MRSM PC dalam keputusan SPM 2010 dipetik daripada BERNAMA.

beliamuda: Tahniah kepada MRSM PC kerana menjadi yang terbaik dalam SPM 2010. Diharapkan, saya dapat berkongsi ranking kesemua MRSM bagi keputusan SPM 2010.

53 thoughts on “MRSM Cemerlang SPM 2010: Kedudukan 7 MRSM Terbaik

  1. Tahniah tahniah tahniah !!! Kepada Pengetua dan guru guru, semoga MRSM PC akan terus berjaya di doakan ~ kini dan selamanya..kepada anakanda ku yg berada di PC ~Achmad Isqandar ~ semoga mendapat kejayaan yang membanggakan. Bonda percaya guru guru di PC memang first class !!

    • @Iza Mej Bakar, InsyaALLAH, memang guru-guru disana dedikasi dengan tugas masing-masing. Hanya tinggal kepada pelajarnya sahaja untuk bertindak.

      ~bekas pelajar MRSM PC 05/06

  2. Askum ,, nk tnya nie…
    Sy plajar dri SMK Agama Melor, Kelantan
    Budak PMR 2011
    Sy ni b’minat sgtx10000 nk masuk skolah MRSM PC nextyear

    kalau nk masuk mrsm,,kna ambil ujian ukkm dulu kan??
    sy nk tnya ni,, soklan tu susah ke senang??
    adakah soklan dia setaraf ngan pmr atau lebih susah lagi???

    • @NEZ, Soalan UKKM tu gabungan beberapa komponen seperti soalan berasaskan IQ yang tidak memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir panjang dan juga soalan Sains dan Matematik yang lebih tinggi daripada tahap PMR.

  3. Pingback: Kedudukan Enam MRSM Paling Cemerlang SPM 2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge