Ranking MRSM untuk Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Ranking MRSM dalam keputusan SPM 2011!]

logo MRSM

Akhirnya, kedudukan penuh bagi seluruh Maktab Rendah Sains MARA di Malaysia dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah pun diketahui. Pasti bekas-bekas pelajar, alumni dan ahli Anak Sains MARA (ANSARA) ingin mengetahui bagaimanakah prestasi MRSM masing-masing.

Ranking ini disusun berdasarkan Gred Purata Maktab (GPM) yang dikira daripada keputusan SPM setiap pelajar. Untuk 7 MRSM paling cemerlang SPM 2010, anda boleh semak untuk GPM setiap MRSM terbabit.

Saban tahun, kedudukan ini berubah-ubah dan kebiasaanya MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) @ Bitara akan mendahului senarai empat teratas. Berbeza dengan ranking MRSM SPM 2009, tahun ini empat MRSM teratas didahului oleh MRSM PKP (saya tidak pasti tentang status MRSM Langkawi). Tahun ini juga mencatat pertambahan dua MRSM ke dalam senarai iaitu MRSM Bentong (Pahang) dan MRSM Betong (Sarawak).

Lihat senarai penuh di bawah untuk kedudukan MRSM dalam SPM 2010.

Ranking MRSM SPM 2010

  1. Pengkala Chepa
  2. Tun Ghafar Baba
  3. Taiping
  4. Langkawi
  5. Kuala Kubu Bharu
  6. Kubang Pasu
  7. Kuala Berang
  8. Alor Gajah
  9. Kuala Terengganu
  10. Serting
  11. Pengkalan Hulu
  12. Tawau
  13. Kuching
  14. Kepala Batas
  15. Muadzam Shah
  16. Merbok
  17. Kota Putra
  18. Pasir Salak
  19. Pontian
  20. Kuala Lipis
  21. Terendak
  22. Kota kinabalu
  23. PDRM Kulim
  24. Kuantan
  25. Lenggong
  26. Batu Pahat
  27. Besut
  28. Gemencheh
  29. Jeli
  30. Beseri
  31. Bentong
  32. Balik Pulau
  33. Pendang
  34. Mersing
  35. Muar
  36. Kuala krai
  37. Betong
  38. Transkrian

Cikgu Asrul balas mesej saya pukul 2 pagi tadi semata-mata nak beritahu yang senarai kedudukan MRSM untuk SPM 2010 berada di pejabat Pengetua. Saya hantar mesej melalui FB, tapi cikgu balas melalui SMS. Mana cikgu dapat nombor saya ya? (-_-)?

beliamuda: Pasti ada yang akan tanya, kenapa saya boldkan MRSM paling atas dan MRSM paling bawah. Sebabnya ialah, saya pernah menuntut di MRSM Transkrian (menengah rendah) dan MRSM Pengkalan Chepa (menengah atas).

Comments

42 responses to “Ranking MRSM untuk Keputusan SPM 2010”

  1. Nasrullah Avatar

    Perform ar nipi….
    plg atas n plg bawah…
    bagaimana ula dgn UTP??hehe =p

    1. beliamuda Avatar

      @Nasrullah, haha. kenapakah perform pulak?

      UTP tu dah masuk level lain. 😛

  2. Syazwan Zubir Avatar

    owh MRSMku…no 10 tu…hoho

    1. beliamuda Avatar

      @Syazwan Zubir, ko ex-Serting ke syaz?

  3. cik d Avatar
    cik d

    mrsm langkawi utk batch spm 2010 bukan dlm status pkp…

    1. Ai Avatar
      Ai

      @cik d, tapi ktowg mampu dpt no4 🙂

      1. cik d Avatar
        cik d

        @Ai, clap2,, tahniah 🙂

  4. penaberkala Avatar

    owh, MRSMku ada peningkatan 🙂
    tapi rekod batch kami spm06 masih tetap unggul hingga skang, yeah

    tu dia, 38 MRSM dah skang
    tu tak masuk MRSM TUMPAT lagi

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, MRSM Tumpat mula tahun ni baru ada SPM kan? kan2?

  5. sabrina transkrian Avatar
    sabrina transkrian

    ermmm taon 2009 dpt no. 14 taon lps dpt 38 …….ishhh haros dbery peningkatan

    1. beliamuda Avatar

      @sabrina transkrian, kalau bawah sekali, tapi GPM ok, itu takpelah. tapi GPM pun tak berapa ok ni. u batch mana?

  6. akuisme Avatar
    akuisme

    hahaha… sy lah batch spm2010 transkrian!! last plak..

    1. beliamuda Avatar

      @akuisme, kenapa dapat bawah sekali ni?

      1. akuisme Avatar
        akuisme

        @beliamuda, hurm.. ntahlah.. no komen.. kbnykannya ape yg tget x tcapai..

        1. jj Avatar

          @akuisme, insyaAllah rezeki kat tempay lain ade tu..

  7. myza Avatar
    myza

    apa dah jadi dgn transkrian…..ayuh bgnlah warga transkrian dr tidur yg lena…..

    1. beliamuda Avatar

      @myza, tu la. tertanya-tanya jugak. anda batch mana? saya batch pertama PMR MRSM Trans.

      1. myza Avatar
        myza

        @beliamuda, rasanya warga pendidik perlu berbuat sesuatu demi memastikan MRSM Transkrian terus berdayasaing. Setakat ini jika diperhatikan…undang2 yg dibuat sudah bagus tetapi mungkin perlaksanaan dan penguatkuasaan agak longgar…cthnya: mengharamkan penggunaan hp dikalangan pelajar, prep petang diwajibkan kpd semua pelajar ,pemantauan akademik yg lebih dekat antara guru2 homeroom dan anak2 homeroom terutamanya pd waktu prep. Selain drpd itu warga pelajar jg haruslah sedar dan menghargai peluang yg telah diberi utk mereka belajar di MRSM sedangkan masih ramai lagi di luar sana tidak bernasib baik seperti mereka. Jadilah pelajar yg lebih berwawasan dan berdayasaing…Wallahhualam…sekadar cadangan untuk kebaikan semua.

        1. beliamuda Avatar

          @myza, memang perlu dibuat sesuatu untuk ubah tingkatkan balik prestasi MRSM Trans. Saya tak pasti bagaimana keadaan di sana sekarang, tapi semasa batch saya (batch perintis) undang2 sangat ketat di sana.

  8. tsukareta-jisan Avatar
    tsukareta-jisan

    tu diaaa aih!

    tepeng jatuh tmpt ke-3

    sob2

  9. Mr.PropS Avatar
    Mr.PropS

    hye..cube lihat..MRSm yang sedang meningkat naek yang blom penah di dengar org pown..HHAAHAHHA..
    x laen x bukan…

    MRSM PENGKALAN HULU..
    korunk tao x?huhu.
    =)

    1. beliamuda Avatar

      @Mr.PropS, MRSM baru kan. Pernah je dengar nama tu (bagi yang alert je la).

  10. aus Avatar
    aus

    cool ! beliamuda: my sis batch 1st spm mrsm tranx !
    i was in mrsm terendak before move to mrsm jasin 2005.
    gile old skool aku ! HAHA

    1. beliamuda Avatar

      @aus, maknanya sama batch perintis sekali ngan aku la. Cum aku batch pertama PMR kat sana. My super senior la dia tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge