Novel Rayyan Fantasi oleh Ramlee Awang Murshid

Salam sejahtera buat semua.

Cover Rayyan Fantasi

Apabila diingat kembali kali terakhir Ramlee Awang Murshid (RAM) mengeluarkan novel thrillernya iaitu Cinta Sufi, ianya hanya enam bulan yang lalu. Soalan pertama yang pasti ditanya, dah habis baca ke belum novel tu? Hehe, saya belum lagi berkesempatan menghabiskan pembacaan novel tu. Nampaknya nak kena habiskan cepat-cepat ni, baru boleh sambar novel Rayyan Fantasi pulak.

Rayyan Fantasi telah pun siap ditulis oleh RAM pada 4 Oktober 2010 yang lalu. Mengikut RAM, novel ini mengambil masa hampir tujuh bulan untuk dinoktahkan. Akhirnya, penerbitan novel Rayyan Fantasi telah pun semakin hampir.

Novel Rayyan Fantasi akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Disember ini dan novel ini hanya boleh didapati di MPH Alamanda, Putrajaya sahaja untuk tarikh tersebut. Rujuk poster pelancaran novel Rayyan Fantasi.

Selepas itu novel Rayyan Fantasi boleh didapati di seluuruh negara mulai 6 Disember. Bagi peminat setia novel RAM, jangan lupa dapatkan novel Rayyan Fantasi. Anda boleh baca sinopsis Rayyan Fantasi dalam tulisan di bawah.

Sinopsis Novel Rayyan Fantasi

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru… dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

beliamuda: Tagline Rayyan Fantasi – apa yang terfikir…itu ada!

23 thoughts on “Novel Rayyan Fantasi oleh Ramlee Awang Murshid

  1. okay! okay! saye melawat BM ni..~~~

    kata seseorang (you-know-who), RAM dilabel sebagai penulis novel thriller no 1 sebab dia sorang je pun yang tulis thriller novel.. tapi saya tak pernah baca novel dia. Not even a piece.

    mungkin pasni ada orang nak hadiahkan~
    ikin´s last blog about ..tak semestinya memiliki apabila menyukaiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge