Salam sejahtera buat semua.

Buat rakan-rakan pembaca yang bertanya tentang kedapatan novel Cinta Sufi di pasaran, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid telah pun mula berada di pasaran.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan novel Cinta Sufi semasa dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari, anda boleh berbuat demikian mulai sekarang denga mendapatkannya di kedai-kedai buku berdekatan.
Deskripsi novel Cinta Sufi
Halaman: 512
Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-541-5
PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan.
Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
[Novel Cinta Sufi di Goodreads]
beliamuda: Anda boleh baca fragmen novel Cinta Sufi di laman web Alaf 21.
Leave a Reply