Novel Rayyan Fantasi oleh Ramlee Awang Murshid

Salam sejahtera buat semua.

Cover Rayyan Fantasi

Apabila diingat kembali kali terakhir Ramlee Awang Murshid (RAM) mengeluarkan novel thrillernya iaitu Cinta Sufi, ianya hanya enam bulan yang lalu. Soalan pertama yang pasti ditanya, dah habis baca ke belum novel tu? Hehe, saya belum lagi berkesempatan menghabiskan pembacaan novel tu. Nampaknya nak kena habiskan cepat-cepat ni, baru boleh sambar novel Rayyan Fantasi pulak.

Rayyan Fantasi telah pun siap ditulis oleh RAM pada 4 Oktober 2010 yang lalu. Mengikut RAM, novel ini mengambil masa hampir tujuh bulan untuk dinoktahkan. Akhirnya, penerbitan novel Rayyan Fantasi telah pun semakin hampir.

Novel Rayyan Fantasi akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Disember ini dan novel ini hanya boleh didapati di MPH Alamanda, Putrajaya sahaja untuk tarikh tersebut. Rujuk poster pelancaran novel Rayyan Fantasi.

Selepas itu novel Rayyan Fantasi boleh didapati di seluuruh negara mulai 6 Disember. Bagi peminat setia novel RAM, jangan lupa dapatkan novel Rayyan Fantasi. Anda boleh baca sinopsis Rayyan Fantasi dalam tulisan di bawah.

Sinopsis Novel Rayyan Fantasi

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru… dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

beliamuda: Tagline Rayyan Fantasi – apa yang terfikir…itu ada!

23 thoughts on “Novel Rayyan Fantasi oleh Ramlee Awang Murshid

  1. assalamualaikum…sy mmg minat yg amat novel RAM,smua RAM sy ade..rayyan fantasi je lum bli lagi.tp nk tny,cinta sufi ade smbungan lagi ke?

  2. hey! mengapa sy tataw RAM da kuar buku baru..? kre bku nie after 9nyawa la kan…hey..da tertinggal qetapi nie…adoii..

  3. alhamdulillah, semua novel2 karya RAM tak mengecewakan…tapi yang paling best among THE BEST adalah trilogi bagaikan puteri..harap sambung kembali kisah Laksamana Sunan n tampilkan ketakwaan beliau untuk diikuti dan dihayati oleh generasi skrg.Andai Laksamana Sunan itu sememangnya ujud maka..tercapailah awan iman terluhur..

  4. eeeeee………..xtau nk kata ape…memg bez glerr2 r nvel krya RAM ni…kalw korang sume nk thu,thn n baru ak start bc nvel2 RAM n,dlu ak tgk tjuk n sinopsis pn ak xingin bc,tp ble spupu ak kta bez,ak pn try la bca…mula2 ak bca trilogi bagaikn puteri 2,Ya ALLAH…………….memang ak xtau nk kata ape,bez sangat2…ak ska watak saifuddin@laksamana sunan 2,sampai ak ase dh jatuh hati pd si sunan 2,haha….akhirnya ak kumpul sume nvel2 RAM n ak bca sb ak dh minat nvel2 RAM n..
    ak xsbr nk tgu nvel rayyan fantasi kuar..thanks a lot RAM….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge