Salam sejahtera buat semua.
Tag Archives: kekasih
Wordless Wednesday #17: Pujangga Rindu
Bertahun Bercinta, Tapi Jodoh Tak Kesampaian
Salam sejahtera buat semua.
Mereka sudah bertahun-tahun lamanya bercinta. Sejak dari zaman perkenalan awal mereka di bangku sekolah lagi. Pasangan kekasih yang sekelas. Sebut sahaja nama Fahmi dan Alia. Pasti ramai yang tahu. Selalu nampak mereka berkepit bersama ke mana-mana sahaja.
Itu di zaman persekolahan. Kedua-duanya berada dekat antara satu sama lain. Tapi mungkin tidak selamanya dekat kerana selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti, pastinya ada yang akan mula membawa haluan masing-masing.
(Romance) Ku Ingin Kamu – Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa [OST Drama Asmara]
Salam sejahtera buat semua.
Lagu Ku Ingin Kamu oleh Romance, salah satu lagu tema (OST) dalam drama Asmara menjadi pilihan untuk Melodi d’Hujung Minggu pada kali ini. Saya mendengar lagu ini bukanlah melalui drama Asmara. Drama Asmara pun saya tak pernah tengok. 😛
Apa yang membuatkan saya tertarik dengan lagu ini ialah melodi di permulaan lagu yang mengasyikkan. Kalau korang tak pernah dengar, boleh dengar dalam muzik video rasmi Ku Ingin Kamu oleh Romance dalam klip di bawah.