Salam sejahtera buat semua.
Mereka sudah bertahun-tahun lamanya bercinta. Sejak dari zaman perkenalan awal mereka di bangku sekolah lagi. Pasangan kekasih yang sekelas. Sebut sahaja nama Fahmi dan Alia. Pasti ramai yang tahu. Selalu nampak mereka berkepit bersama ke mana-mana sahaja.
Itu di zaman persekolahan. Kedua-duanya berada dekat antara satu sama lain. Tapi mungkin tidak selamanya dekat kerana selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti, pastinya ada yang akan mula membawa haluan masing-masing.