beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

(Mawi ft Zamani) Tak Mungkin Berpaling – Official Video

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Sekitar lima bulan yang lalu, saya ada memasukkan sebuah klip video lagu Tak Mungkin Berpaling yang telah dinyanyikan semula Mawi dan Zamani. Lagu tersebut dimasukkan atas permintaan seseorang.

Yang lawaknya dalam video itu adalah klip disiarkan adalah animasi yang lansung tidak berkaitan dengan lagu tersebut (mungkin ada la sikit-sikit kot).

Jom baca entri ni sampai habis »

31

July
2010
Masa: 17:00

(Maher Zain) For The Rest of My Life – Cinta Yang Halal

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Agak terlewat sikit untuk Melodi d’ Hujung Minggu kali ni. Baru sahaja tiba di UTP semalam dan masih lagi dalam proses nak settle down. Malas pulak rasanya. Esok dah mula kelas, seawal pukul 8 pagi lagi.

Jom baca entri ni sampai habis »

24

January
2010
Masa: 18:15

Puisi Cinta Ketika Cinta Bertasbih

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Ketika Cinta Bertasbih

Siapa kat sini tengok filem Ketika Cinta Bertasbih? Dalam filem tu, ada satu babak semasa sesi pertanyaan di majlis bedah buku “Menari Bermasa Ombak”. Soalan yang diajukan adalah mengenai cinta. Jadi, dijawabnya adalah dalam bentuk puisi cinta sebenarnya. Cinta sejati kok? :P

Jom baca entri ni sampai habis »

23

January
2010
Masa: 14:15

Pelikkah Lelaki Berbicara Soal Hati?

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Sentuhan Cinta

Pernah sekali aku bingung. Satu soalan diaju kepadaku suatu masa dulu. Nah, aku dah banyak kali bingung. Kau jangan turut bingung sekali ya.

Aku tahu ada yang pelik. Ini blog seorang lelaki, walaupun ada juga yang ingat aku seorang wanita. Sebab namakah? Aku rasa nama beliamuda ini bukanlah menggambarkan mana-mana gender, bukan macam Syinrayafa (pinjam nama ya) kan? Kau rasa apa gendernya?

04

January
2010
Masa: 13:30

Los & Faun

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Tajuk serupa sekali dengan tajuk filem kan? Bukan nak buat ulasan pasal cerita tu pun. Tengok pun tidak. Inspirasi entri ni datang daripada entri Syukur ft Alhamdulillah oleh Nazra.

Terdetik di hati lepas bagi komen kat situ. Cuba bayangkan situasi ni:

Zaman persekolahan. Bagaikan syurga buat mereka berdua. Mana taknya, berkepit sana, berkepit sini. Tak boleh nak berpisah. Bila ke kelas je, mesti berdua. Ayat-ayat manis penghias bibir ditabur. “I love you sampai mati” memang lekat hari-hari. Sekali dah habis sekolah, berpisah. Masing-masing membawa haluan sendiri. Tak lama kemudian, mereka bertemu semula. Adakah cinta mereka boleh berputik semula? Bagaimana pula kalau masing-masing dah ada pasangan yang baru?

Jom baca entri ni sampai habis »

19

November
2009
Masa: 12:00

(Star 5) Satu Cinta – Cinta Yang Didambakan

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Minggu peperiksaan kali ni dirasakan sangat mencabar. Perubahan mood boleh berlaku bila-bila masa je. Sekejap rasa bersemangat, sekejap rasa down yang amat.

Sebenarnya, ada je entri nak ditulis semalam. Tapi, sebab rasa sangat terbeban semalam, aku tak jadi menulis dan lebih banyak bersendirian semalam. Lepas satu masalah, satu lagi datang. Rasa macam dah tak mampu je.

Jom baca entri ni sampai habis »

14

November
2009
Masa: 19:01

Saya nak beri tapi…

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Dilema dalam kehidupan manusia. Kita selalu diminta untuk memberi sesuatu kepada orang lain. Bukan sekadar pemberian materialistik, tetapi juga sesuatu yang abstrak dan subjektif seperti kasih sayang dan perasaan.

Dalam setiap pemberian itu, selalu kita mengharapkan balasan. Susah untuk dicari sekarang ni orang yang betul-betul ikhlas dalam pemberian dan tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap apa yang telah diusahakan kepada yang lain. Jom baca entri ni sampai habis »

19

October
2009
Masa: 6:50
Muka 1 daripada 212