Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Salam sejahtera buat semua

[Terbaru: Tarikh keputusan permohonan Matrikulasi dan Rayuan!]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2011 (calon SPM 2011) sudah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)

  2. Jurusan Perakaunan (M003)

  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2011. Pelajar yang bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.

Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.

  • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
  • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
  • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun adalah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

2. Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun adalah seperti berikut :

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

CARA PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu cara sahaja untuk permohonan program matrikulasi iaitu permohonan melalui internet (PMI).

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;

Sila layari pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

  • Tarikh tutup permohonan ialah  pada 10 Oktober 2011.

  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN MATRIKULASI 2012

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN PROGRAM MATRIKULASI 2012

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN BAGI PROGRAM MATRIKULASI 2012

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan berserta kemaskini berkenaan Matrikulasi Sesi 2011/2012, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

97 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013”

  1. amirah Avatar

    kalau saya tak ambil subjek perakaunan kerana saya aliran sains tulen , saya masih boleh pilih jurusan perakaunan kan ??

    1. beliamuda Avatar

      @amirah, ya, masih boleh.

  2. Riyn Avatar

    kalau dh di terima nnti,, tp x jd prgi or dpt tawaran yg lebih baik kena bayar ganti rugi tak??
    kalau bkan aliran sains tulen (cuma xda fizik) tp nk ambik sains (M001) boleh kh??

    1. beliamuda Avatar

      @Riyn, tak perlu bayar ganti rugi pun. Saya sendiri pernah menolak tawaran ke KMPk pada tahun 2007. Mengenai soalan kedua tu, boleh je rasanya sebab diberi pilihan antara Fizik dan Bio.

  3. SITI Avatar
    SITI

    AS-SALAM,,,,APA BEZA ANTRA PENDUDUK TTAP DAN WARGANEGARA?THANKS…

    1. beliamuda Avatar

      @SITI, warganegara adalah rakyat yang mmg diiktiraf sebagai rakyat kepada negara tersebut, manakala penduduk tetap adalah rakyat warganegara lain yang menetap di Malaysia (contohnya).

  4. cymah Avatar
    cymah

    mcm mne kalau result kita xberapa bagus dlm trial ni…boleh x nk memohon matrik..

    1. shanas Avatar

      @cymah, itu la… risau aku

    2. beliamuda Avatar

      @cymah, tak kisah pun dengan result trial sebab kemasukan matrik mengambil kira keputusan SPM sebenar.

  5. shanas Avatar

    hui.. mcm ne erk nk masuk kn kod pin..? dan kt web yang mane erk? penat depa carik.. dowang solak hang pa ag.. hu3

  6. ieyda Avatar
    ieyda

    kalau lepasan spm tahun 2009 leh mohon matrik lg ke?

    1. beliamuda Avatar

      @ieyda, selagi tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012, boleh la pohon.

  7. halim Avatar
    halim

    assalamualaikum..kalau dapat result SPM nanti math,add math ,akaun dapat D atau E boleh dapat tak..?sekian

  8. amirul Avatar
    amirul

    macam mane nk tukar maklumat ibu bapa? da dua kali kemaskini .. tp dia kuar benda yg same je!! tak ada perubahan ! .. tggal lagi sekali je bole kemaskini !! or nk call pihak matrikulasi kew?

    1. beliamuda Avatar

      @amirul, jangan risau. Kalau tiada perubahan juga, hubungi terus pihak matrik untuk maklumkan kepada mereka. Kemungkinan sistem yang bermasalah atau kemaskini tersebut tidak dibenarkan.

  9. RABIATUL Avatar
    RABIATUL

    kalau dah isi borang permohonan kena print ke borang tu??macam mana nak print ye?

    1. beliamuda Avatar

      @RABIATUL, kalau ada keluar ringkasan permohonan, boleh la semak permohonan tersebut. Cuma perlu klik PRINT pada browser.

  10. farah Avatar
    farah

    salam , sy nak tanya . betul kah mulai tahun hadapan , 2012 , pengambilan pelajar matrikulasi pada bulan 9 dan bukan bulan 5 ?

    1. beliamuda Avatar

      @farah, Wasalam. Setakat ini saya tidak pasti lagi. Tunggu perkembangan semasa dan maklumat terkini pihak KPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge