Salam sejahtera buat semua.
Berlalu sudah dengan pengumuman keputusan SPM 2011 baru-baru ini, kini masanya telah tiba untuk adik-adik lepasan SPM mula bersiap-sedia melangkah ke alam pengajian yang seterusnya. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah diantara salah satu peringkat pengajian yang menjadi pilihan kebanyakan lepasan SPM sebelum melangkah ke alam universiti.
Buat pengetahuan pelajar lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013, tarikh semakan keputusan permohonan dan kemasukan ke Matrikulasi boleh dilakukan bermula pada 25 April 2012 sehingga 31 Mei 2012.
Tarikh Kemasukan ke Matrikulasi dan Rayuan Permohonan Matrikulasi
Tarikh pendaftaran bagi kemasukan sesi kali ini pula ialah pada 28 Mei 2012 (kecuali Wilayah Persekutuan Labuan pada 21 Mei 2012). Bagi yang tidak berjaya dengan permohonan masing-masing pula boleh membuat rayuan permohonan secara dalam talian sahaja selama tempoh 25 April hingga 13 Mei 2012. Selepas itu, keputusan rayuan akan boleh disemak pada 7 Jun 2012.
Ringkasannya adalah seperti berikut;
Tarikh semakan keputusan permohonan: 25 April – 31 Mei 2012
Tarikh kemasukan ke Matrikulasi: 28 Mei 2012 (21 Mei bagi Labuan)
Tarikh rayuan permohonan ke Matrikulasi: 25 April – 13 Mei 2012
Tarikh keputusan rayuan permohonan ke Matrikulasi: 7 Jun 2012
beliamuda: Kemaskini permohonan Matrikulasi telah berlangsung pada 6 hingga 20 Februari yang lalu…

Leave a Reply