Salam sejahtera buat semua
[Terbaru: Tarikh keputusan permohonan Matrikulasi dan Rayuan!]
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2011 (calon SPM 2011) sudah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011.
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
-
Jurusan Sains (M001)
-
Jurusan Perakaunan (M003)
-
Aliran Teknikal (M007)
KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2011. Pelajar yang bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
-
Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi. -
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan). -
Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PST
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun adalah seperti berikut :
1. Jurusan Sains (M001)
-
C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
-
B dalam Matematik
-
C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
2. Jurusan Perakaunan (M003)
-
C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
-
E dalam Matematik Tambahan
-
C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)
3. Aliran Teknikal (M007)
-
C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
-
B dalam Matematik
-
E dalam Kimia
-
C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.
KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PDT
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun adalah seperti berikut :
-
C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
-
D dalam Matematik Tambahan
-
C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
CARA PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu cara sahaja untuk permohonan program matrikulasi iaitu permohonan melalui internet (PMI).
Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;
-
Permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 (sila gunakan Internet Explorer sahaja)
Sila layari pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:
TARIKH TUTUP PERMOHONAN MATRIKULASI 2012
-
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2011.
-
Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.
SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN MATRIKULASI 2012
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
RAYUAN PROGRAM MATRIKULASI 2012
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
PERTANYAAN BAGI PROGRAM MATRIKULASI 2012
Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan berserta kemaskini berkenaan Matrikulasi Sesi 2011/2012, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
Disokong oleh FeedBurner
Saya mengisi borang matrikulasi, tetapi bila send, keluar perkataan sila isi nama, sedangkan bahagian pengisian nama tidak boleh di klikkan.
Saya merupakan calon SPM tahun 2010, hingga ke hari ini, saya belum dapat tawaran mana-mana UPU?
@Amirudin, Adakah masalah isi nama tersebut masih berlarutan? Perlu diingatkan, anda perlu guna browser IE.
@beliamuda, sy dh gne IE, still x keluar nama trsebut..
irysh´s last blog about ..loving others
salam… saya nak tnya… klau da ec brng ney n da pun send… perlu lg ke slalu check ? n mcm mna eh ?
hai nak tanya ney,,saya lepasan spm2011..hari 2 nak apply matriks tapi tarikh dh tutup..jd boleh wat rayuan lg x ??utk sesi 2012..
@Mary, Rasanya sudah tak boleh sebab sekarang dah masuk sesi kemaskini. Ada bertanya kepada pihak bahagian Matrik KPM tak?
@beliamuda, blm..cam na nak tanya ??
@Mary, boleh hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.
salam..nak tanya camna nak kemaskini permohonan yang tlah dbuat..dah cuba klik pautan diatas tapi page tu kuar pastu dia kata ad masalah, kalo kemaskini pun kena guna internet explorerkh?
@Izzy, wslm,…sya guna google chrome,..tp bila sya msukkn ic number dgn angka glrn,..keluar ‘mklumat pemohon tiada’..tk taw la,..
@bazlaa afiqah, tak cuba guna IE ke?
@Izzy, semua urusan berkaitan permohonan Matrik perlu guna IE. Itu standard biasa.
Pingback: Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 | beliamuda {dot} com
salam,sya tk boleh nk kemaskini permohonan matrikulasi,..bila sya msukkn ic number dan angka glrn,keluar ‘maklumat pemohon tiada’..permohonan akan di tutup pada 20/2/2012,…nk buat mcm mana?..tolong sya,terima kasih,salam.
@bazlaa afiqah, Wasalam. Masih mengalami masalah membuat kemaskini?
jika sy mengmbil matapelajran alektif ( perdagangan , ekonomi asas , matematik tambahan , geografi ). boleh kah sya msuk Matrikulasi ?
@alias, boleh.
saya nak tanya di halaman manakah yang saya patut buka untuk
membuat semakan semula pendaftaran kemasukan ke matrikulasi??bukan program matrikulasi
@waniey, Saya tidak faham apa yang anda maksudkan dengan bukan program matrikulasi.
nak tanya 1 soalan leh x..saye pelajar aliran sains tp bkn sains tulen, boleh x saye ambil jurusan sains
@Stanley, Anda menyatakan anda jurusan sains, maka saya tidak melihat ada halangan untuk anda mengambil jurusan sains. Kalau boleh, sila nyatakan lebih spesifik pertanyaan anda. Untuk kriteria kelayakan, boleh rujuk lebih lanjut di atas.
Saya terlambat hantar permohonan matrikulasi. program matrikulasi mempunyai second-intake x?
@mera, tak silap saya, second-intake pun hanya bagi mereka yang dah buat permohonan dan membuat rayuan.