Salam sejahtera buat semua
[Terbaru: Tarikh keputusan permohonan Matrikulasi dan Rayuan!]
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2011 (calon SPM 2011) sudah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011.
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
-
Jurusan Sains (M001)
-
Jurusan Perakaunan (M003)
-
Aliran Teknikal (M007)
KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2011. Pelajar yang bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
-
Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi. -
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan). -
Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PST
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun adalah seperti berikut :
1. Jurusan Sains (M001)
-
C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
-
B dalam Matematik
-
C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
2. Jurusan Perakaunan (M003)
-
C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
-
E dalam Matematik Tambahan
-
C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)
3. Aliran Teknikal (M007)
-
C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
-
B dalam Matematik
-
E dalam Kimia
-
C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.
KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PDT
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun adalah seperti berikut :
-
C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
-
D dalam Matematik Tambahan
-
C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
CARA PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu cara sahaja untuk permohonan program matrikulasi iaitu permohonan melalui internet (PMI).
Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;
-
Permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 (sila gunakan Internet Explorer sahaja)
Sila layari pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:
TARIKH TUTUP PERMOHONAN MATRIKULASI 2012
-
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2011.
-
Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.
SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN MATRIKULASI 2012
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
RAYUAN PROGRAM MATRIKULASI 2012
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
PERTANYAAN BAGI PROGRAM MATRIKULASI 2012
Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan berserta kemaskini berkenaan Matrikulasi Sesi 2011/2012, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
Disokong oleh FeedBurner
Pingback: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 | beliamuda {dot} com
tumpang tanya , kalau mahu ambil Jurusan Perakaunan (M003) ,tp SPM ekonomi asas saya tidak ambil (drop) masih boleh ambil jurusan ini kah?
@LILI, kalau tak silap saya, anda masih boleh ambil Jurusan Perakaunan.
@beliamuda, hehe . yakaa? lawalaaa . thanks~
assalamualaikum..nak tanya soalan sikit..1.kalau ibu bapa WARGA NEGARA ic biru ,tapi keturunan indonesia,boleh mohon tak,?ada cakap tak boleh..?
@halim, Waalaikumussalam. Kenapa mereka cakap tak boleh? Kad pengenalan biru tu tandanya warganegara kan? Atau ibu bapa anda hanya bertaraf Penduduk Tetap?
@beliamuda, tapi smasa pndaftran, sijil kelahirn ibubpa dprlukan, lagu mana ni???
@halim, kalau family warganegara Indonesia,sy no komen…..yg 2 kene tanya kedutaan Malaysia…..
assalamualaikum…kalau ibubapa keturunan indonesia,boleh mohon tak ,tapi ibubapa ic biru..sekian
@halim, waalaikumussalam, kalau dah IC biru, maksudnya sudah warganegara kan? Jadi, anda layak memohon.
Apa laman web untuk sesi 2012/2013?
@Briey, seperti yang dinyaakan dalam pautan di atas.
What is meant by VARIABLE NAMA_BAPA is undefined?
@Ainn, maksudnya, nama bapa tidak dimasukkan dalam ruangan yang diminta.
sy confuse la nk pilih tempat niii
@nikefah, sama laa..sy pun confuse gak..
why x dpt nk sent pemohonan niiii????sy jd berdebar laaa…tlg chehck yeee
@nikefah, dapt la,isi kat eputra
mohd´s last blog about ..Wordless Wednesday #12: Ramadhan Terakhir CJ7
@mohd, xboleh la nak send borang 2..tension
kalau ibu kita bukan warganegara,tapi bapa kita warganegara…. boleh tak kita apply matrikulasi???
@mohd, anda warganegara atau tidak?
berbalik pada soalan mohd tadi tu saudara, saya pun ada maslaha yg sama.. ayah saya seorang bumiputera dan warganegara. tapi ibu saya bukan warganegara. means using pasport la.. n saya ni kan masih warganegara n bumiputera.. kira kami ni layak ke tidok nak apply matrik ni??
anne´s last blog about ..Tafsiran Di sebalik mimpi siri 1
salam beliamuda… saya ada 2 soalan…. 1. semasa saya spm saya tak ambil subjek perakauan..adakah boleh saya mohon matrikulasi jurusan perakaunan….2. SPM saya tahun ni result akan keluar pada lewat bulan Mca 2012. So macam mana cara saya nak mohon untuk kemasukan matrikulasi tahun 2012.Sekian tq beliamuda
@azahar abdullah, wasalam.
1. ya boleh.
2. boleh mohon sekarang, sebab sekarang ni dah pun dibuka dan bakal ditutup dalam beberapa hari saja lagi.