Ketibaan di UTP bagi Meneruskan Semester 8

Salam sejahtera buat semua.

10 Julai 2011

Alhamdulillah, tepat jam 7:02 petang, saya menjejakkan kaki di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di perkampungan lima (V5). Kalau mengikut perancangan asal seperti yang ditulis dalam entri sebelum bertolak pulang dari rumah, kami terlewat dua jam.

41444 KM (10.45 pagi)

Kelewatan ini berpunca daripada terlajaknya masa saya bergerak dari rumah itu pada pukul 10.45 pagi. Sudah terlajak 45 minit di situ kerana ada beberapa urusan di rumah yang perlu diselesaikan dan pagi tadi telah menjadi pagi yang paling produktif di rumah.

41458 KM (11.07 pagi)

Destinasi pertama yang dituju adalah Pasir Tumboh. Mama ada mengirimkan nasi air untuk nenek dan saya mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan nenek sebelum bergerak pulang ke UTP. Masa raya nanti baru boleh jumpa semula.

41459 KM (11:12 pagi)

Selepas itu terus sahaja bergerak ke rumah Farhan Faiz. Sekadar menyapa ayahnya yang berada di beranda rumah sambil memerhatikan orang sedang membuat kerja di bawah.

41469 KM (11:46 pagi)

Bergerak pula ke Melor untuk mengambil Khairul Anuar. Meluangkan masa sebentar di rumahnya setelah dijemput naik. Ada sajian ketupat walaupun bukan musimnya. Baru tahu yang emaknya memang membuat ketupat untuk dijual.

41498 KM (12:24 tengah hari)

Mara lagi ke Machang untuk mengambil Amir Maliki. Sebaik sampai, kami disambut oleh alongnya. Sempat berbual-bual ringkas sementara menunggu Amir yang berada di rumah sepupunya.

Farhan Faiz dan basikal

41529 KM (1:14 petang)

Singgah di tepi jalan raya yang menghubungkan Machang – Tanah Merah kerana Amir mengidam untuk makan nenas yang banyak dijual di tepi jalan.

Amir Maliki dan nenasnya

41566 KM (1:46 petang)

Berhenti di Shell Jeli untuk mengisi minyak sebelum merentasi Lebuh Raya Timur Barat sambil membeli snek (rakan-rakan je la yang beli).

41682 KM (3:40 petang)

Singgah di Perhentian Perah untuk makan tengah hari dan menunaikan solat.

Menu makan tengah hari

41848 KM (7:02 petang)

Akhirnya tiba di UTP dengan jarak perjalanan sejauh 404 KM (lebih 6 KM berbanding perjalanan balik daripada UTP yang sejauh 398 KM).

beliamuda: Pertama untuk entri Diari Kembara. Dah setahun duk ambil gambar sebab nak rekod jarak perjalanan, tapi tak tersusun. Harap dengan ada entri ni, bermakna sikit gambar-gambar yang ditangkap dan sebagai rujukan di masa depan.

4 thoughts on “Ketibaan di UTP bagi Meneruskan Semester 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge