Salam sejahtera buat semua.
Tiba-tiba je tergerak hati nak tulis entri baru. Apabila naluri tu dah datang, jangan dilepaskan peluang untuk melakukannya, terutamanya kalau masa tu idea datang dengan mencurah-curah sebab ianya akan lenyap jika terus diabaikan.
Walaupun sibuk dengan kerja yang lebih penting, selitkan dulu idea yang datang dalam satu catatan ringkas. Paling mudah, dalam henset masing-masing. Boleh ditaip sebagai draft message atau disimpan sebagai note. Apabila sudah ada masa terluang, boleh la dikembangkan lagi idea tadi.
Di dalam kelas Malaysian Studies…
Semasa dalam kelas Malaysian Studies petang semalam, entah macam mana boleh tergerak hati Dr. Muhaimin untuk bercerita mengenai ilham dan naluri. Katanya, apabila terdetik sesuatu yang baik di hati kita, ikut sahaja apa yang dirasakan tersebut kerana mungkin nanti akan ada kesan yang baik untuk diri kita.
Apa yang menarik ialah kisah yang dikongsikan oleh Dr. Muhaimin. Dia berkongsi kisah yang terjadi minggu lepas dan dua tahun yang lalu. Minggu lepas, semasa dalam perjalanan ke UTP, dia tergerak hati untuk melawat kubur arwah ayahnya (jarak kubur masa tu dalam 2KM). Jadi, Dr. terus ke sana dan menziarahi kubur arwah ayahnya, membacakan ayat al-Quran serta membersihkan kawasan sekitar kubur.
Masa ni, rasa macam biasa je lagi ceritanya. Tiada apa yang menarik dan pelik pun. Tapi kisah dua tahun lalu adalah penyebab kepada mudahnya Dr. untuk mengikuti gerak hatinya. Gerak hati untuk melakukan apa yang baik. Tidak akan ditangguh dan terus dilakukan.
Kisah dua tahun lalu…
Dua tahun lalu, masa tu ayah Dr. telah berada dalam keadaan kritikal. Ayahnya telah disahkan menghidap kanser kolon tahap terakhir dan hanya boleh hidup sekitar empat bulan sahaja. Dr. Muhaimin pada masa tu telah menjalankan tugas sebagai seorang anak dengan manjaga ayahnya.
Menjaga makan minum, memandikan dan membantu ayahnya menjalankan rutin wajib dalam kehidupan biasa. Kata Dr., masa kecil-kecil dulu macam tu lah yang ayah buat kat kita semua. Kini, tiba masa untuk kita pula melakukannya hal yang sama.
Pada 15 Ogos tahun tersebut (kalau saya tak silap), Dr. Muhaimin sepatutnya perlu kembali ke United Kingdom (UK) dan tiket kapal terbang telah pun dibeli. Namun, tergerak hati Dr., seakan ada sesuatu terbit di hati agar beliau membatalkan pelan asal untuk kembali ke UK pada tarikh tersebut. Jadi, keputusan telah dibuat untuk terbang ke sana sebulan selepas itu.
Apabila tiba tarikh 15 Ogos, ayah Dr. Muhaimin kembali ke rahmatullah. Pada tarihk itulah ayah Dr. menghembuskan nafas yang terakhir. Cuba bayangkan kalau pelan asal tersebut tetap dituruti? Pasti ada rasa penyesalan kerana tidak dapat bersama di saat-saat terakhir dengan ayah.
Dr. cakap, dari segi luaran, dia kelihatan boleh menerima pemergian ayahnya. Namun jauh di sudut hati, timbul rasa sedih dan sayu kerana perginya seorang ayah. Dia selalu berdoa agar ayahnya diberikan hidup yang sihat. Namun, itulah takdir Tuhan. Ajal tidak akan dilambatkan atau diawalkan.
Berita gembira…
Hari jumaat yang baik dan penuh berkat ini, saya akan kongsikan dengan rakan terdekat apakah berita gembira yang telah saya khabarkan beberapa hari yang lalu di halaman FB saya. Korang adalah golongan kedua yang tahu mengenai hal ini. Nantikan. 🙂
Baru teringat yang Dr. Muhaimin membuka kisah di atas apabila membaca nama rumet saya, Luqman Hakim. Ngee~
beliamuda: Apabila sedikit sahaja masa yang ada, barulah kita rasa terkejar-kejar dan buat semua perkara… Kesimpulannya, segerakan apa yang terdetik di hati (perkara baik) dan selesaikan tugasan penting. (^_^)
betul.sebab kadang2 kita da dapat rasa cuma kita ignore.
ima´s last blog about ..doctor tolong care sikit- boleh
@ima, kita ignore sebab rasa macam benda tu tak penting kan. bila dah terlepas, baru rasa menyesal.
betul, walaupun kita bukan yang terbaik, tapi setiap manusia ada naluri baik (itu fitrah kita). lakukan saja walaupun tiada yang menyokong.
princess´s last blog about ..Cerita 5 Ekor Kucing- Seekor Ikan- Dan Air Simbah
@princess, semoga kita dipermudahkan dengan adanya insan yang sentiasa ada untuk menyokong dan membantu kita.
Ikut Hati mati, Ikut rasa binasa…
@Irsyaduddin Zakwan, bukan ikut semua, ikut yang mana elok.
Percaya pada diri, itu kuncinya 🙂
Fahmishah´s last blog about ..Suatu Hari- Petang Yang Indah
benar..kisah yg sama juga berlaku pada saya. pada bulan ogos 2012 staf2 kebiru telah merancang untuk mengadakan jamuan akhir tahun dan tarikh majlis yg dipilih ialah pada 15 oktober 2012 (sabtu). semua guru dan staf telah mendapat kad jemputan termasuklah saya. namun entah bagaimana saya boleh ‘tercakap’ pada seorang guru ‘kalau tak nak pergi jamuan ni boleh x?’. guru tu tanya kenapa tak nak pergi dan saya cuma berkata ‘entahla, rasa macam tak nak pergi la’. semua kata2 itu adalah spontan, tanpa dirancang namun ia terbit dari hati secara lansung. ditakdirkan Allah, 4 hari sebelum jamuan itu berlangsung iaitu pada 12 oktober 2012 (rabu) ibu saya meninggal dunia. ibu saya sakit x lama, cuma 2 minggu je dan meninggalkan kami adik beradik secara tiba-tiba dan tanpa disangka2. bila ibu sudah pergi, barulah saya sedar bahawa kata-kata saya dulu walaupun saya anggap sebagai gurauan, rupanya datang dari gerak hati dan juga satu petanda bahawa saya sememangnya tak akan dapat menghadiri majlis itu kerana pemergian ibu. wallahu’alam..