Semakan Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Salam sejahtera buat semua.

Semakan SPM 2010 melalui SMS

Seperti yang ramai pelajar lepasan SPM 2010 sedia maklum, tarikh pengumuman keputusan SPM 2010 ialah pada hari Rabu ini, 23 Mac 2011.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Buat kali pertama juga, semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga diperkenalkan bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing.

Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama.

beliamuda: Jangan lepaskan peluang untuk semak keputusan dengan SMS. Mungkinkah ini sebagai pembuka jalan kepada semakan keputusan SPM secara online?

40 thoughts on “Semakan Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

    • @full house girl’s,

      sama la kite…nak tlg checkkan result adik..maybe lambat sikit kot..sbb mst ramai yg nak check dalam satu2 masa..sabo je la

  1. Pingback: SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2010 MELALUI SMS | FAIZAL FREDLEY

  2. Pingback: Semakan Keputusan SPM Online 2010 | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Semakan Keputusan SPM 2010 Online | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge