Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, saya berada di Kuala Lumpur bersama-sama dengan seorang sahabat iaitu Irsyad. Kami baru sahaja tiba di Stesen KL Sentral sekitar pukul 1.30 petang.
Destinasi kami adalah ke 1 Utama. Jadi, sebelum bergerak ke sana, perut diisi terlebih dahulu di KFC. Macam biasa, orang agak ramai dan memenuhi ruang tempat duduk di sini. Kena lagi dengan hujung minggu.
Apakah tujuan sebenar kami ke KL sedangkan Convofair UTP 2011 sedang berlangsung sepanjang hujung minggu ini? Nantikan kemaskini saya yang seterusnya. Masa untuk menjamu selera. Selamat menikmati makanan tengah hari anda!
beliamuda: Kali ketiga di KL Sentral dan menaiki ETS daripada Batu Gajah.
Tag: KFC
-
Berada di Kuala Lumpur Bersama-sama Dengan Irsyad
-
Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon Pengarah KFC Malaysia
Salam sejahtera buat semua.
Sebelum ini pihak KFC Malaysia telah menyiarkan satu pengumuman sebagai respon kepada penyebaran video ayam KFC tapak kasut. Tidak cukup dengan itu, satu lagi respon video daripada Mohammad Alwi, Pengarah Bahagian Operasi Restoran KFC Malaysia turut dibuat pada hari ini.
Dalam video tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas kejadian yang berlaku iaitu kejadian pekerja KFC merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan. Namun, tiada permohonan maaf secara terbuka yang dinyatakan padahal inilah yang diingini oleh para pelanggan KFC.
Video respon oleh Pengarah KFC Malaysia terbabit boleh ditonton dalam video di bawah.
-
Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon KFC Malaysia
Salam sejahtera buat semua.
Sekitar hari Jumaat yang lalu, heboh di kalangan blogger apabila satu video yang memaparkan pekerja KFC yang bertugas untuk menggoreng ayam telah menyapu ayam yang sedang disediakan sebelum digoreng ke bahagian tapak kasut yang dipakainya.
Video tersebut yang berdurasi 38 saat, dalam paparan yang tidak jelas berkemungkinan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh rakan pekerja KFC tersebut (berkemungkinan staf KFC juga).
Walaupun video ini sebenarnya telah diketahui oleh pihak KFC sejak hujung tahun lalu, namun baru minggu lepas ianya tersebar. Video tersebut telah disebarkan semula oleh individu yang tidak dikenali. Adakah individu tersebut berniat jahat atau sekadar berniat untuk memberitahu kepada orang lain?

