Salam sejahtera buat semua.
Setiap kali ada produk baru diperkenalkan di peringkat global seperti gajet-gajet canggih (iPhone, iPad, PS3 dan sebagainya) mesti produk ni akan keluar dulu di Amerika Syarikat (AS) dan kita di Malaysia putih mata je la menunggu produk tu nak sampai ke Malaysia.
Saya ada beberapa orang rakan yang melanjutkan pelajaran je AS dan Australia. Pada masa tu (tahun 2008) mereka semua dah mula pakai iPhone, sedangkan di Malaysia, baru tahun lalu iPhone dibawa masuk oleh Maxis. Sama juga la dengan Blackberry (BB) dan Google Nexus. Lagi tak best bila gajet yang dibawa masuk tu mesti lagi mahal.
Sampai satu tahap, ada kawan saya sanggup mengirim duit ke AS semata-mata nak menyuruh kawannya membeli iPhone bagi pihak kakaknya. Apa yang mendebarkan ialah duit yang dihantar menggunakan Western Union tu bukanlah dihantar ke alamat penerima, sebaliknya penerima kena pergi claim duit tersebut. Nasib baik masalah dah selesai.
Kan best kalau ada servis yang boleh membantu kita mendapatkan produk terus dari AS. Tapi, ada ke syarikat yang menyediakan servis seperti ini? Tanpa disedari, memang ada rupanya.
Terdapat satu servis yang dinamakan vsHub (Virtual Shopping Hub) yang dimulakan oleh dua orang rakyat Malaysia dengan kolaborasi rakan kongsi di Amerika untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan penyediaan servis membeli belah dalam talian (online) ini, pengguna di Malaysia diberikan pilihan yang lebih baik untuk mendapatkan produk yang dikeluarkan terus di AS.
Bahagian bawah ialah ‘US Shipping Address’. Maklumat di atas telah disunting semula.
Selepas mendaftar di laman web vsHub, pengguna akan diberikan ‘US Shipping Address’ yang akan menjadi alamat barang-barang tersebut dihantar. Kenapa alamat di AS? Sebab merchant di AS tidak menyediakan servis penghantaran ke luar negara dan kalau ada pun, sangatlah mahal servis penghantaran tu. Alamat di AS tu adalah alamat pejabat vsHub di AS. Kemudian, vsHub akan hantar barang tersebut ke alamat rumah kita, mengikut apa yang kita telah daftarkan dengan vsHub.
Jadi, setiap kali kita mahu membeli dengan merchant di AS, kita hanya perlu masukkan ‘US Shipping Address’ dan urusan penghantaran seterusnya akan disetelkan oleh vsHub. Biasanya penghantaran akan mengambil masa selama seminggu atau dua ke tiga hari untuk penghantaran ekpress.
beliamuda: Untuk langkah pertama, daftar dengan vsHub dan urusan pendaftaran ini adalah percuma sahaja. Caj hanya dikenakan apabila kita menggunakan servis vsHub. Jika anda ada apa-apa pertanyaan berkaitan dengan servis vsHub, sila tinggalkan dalam ruangan komen dibawah.
kat beautifulnara, banyak kali promote benda ni..tak tau lah betul2 murah ke tak..tengok dulu lah..
.-= aizuddin´s last blog ..Gambar : Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 Waktu Malaysia =-.
@aizuddin, yup, abang nara (atau kak nara) banyak kali promo vsHub ni.
hoho…satu info yang menarik nie…thanks ye…nanti kongsikan la pengalamn bro menggunakan servis vshub ni…
@paan, yeah, nanti dah guna, saya akan cuba kongsikan.
Apa kelebihan vsHub ni berbanding Ebay ye? ada gune sistem lelong jgk ke? Boleh x kita nk berniaga dlm vsHub nih?
.-= tokabaut´s last blog ..Video Belanda vs Ghana (4-1) =-.
@tokabaut, erkk, vshub just jadi perantara untuk kita beli barang dari oversea je. bukan marketplace bro. btw, alamat umah aku kat knoxville gak, kita bjiran ke beliamuda? tak nampak plak muke ko. hahah
@naz, haha. dah pernah cuba ke servis vsHub ni?
@tokabaut, vsHub ni menyediakan servis untuk menghantar barang kepada kita untuk barang yang kita beli dari US @ Jepun (ada juga rasanya) sebab biasanya diorang kat US tak akan hantar barang ke luar daripada US. Kira diorang ni menawarkan servis penghantaran la. vsHub ni bukan marketplace.
adeh ketinggalan zaman jgk naz ni..baru tau psl menda servis2 ni..
@nazra, hehe.. ni pun baru tahu.
emm, byk barang yg diletak dgn rege USD…
masak jugak nak convert to RM
@aein, mesej daripad vsHub >> tapi kat page hotpicks tu normally ade review, yang tuh ade harga dlm RM. senang nak tgk.
aein: tapi kat page hotpicks tu normally ade review, yang tuh ade harga dlm RM. senang nak tgk.
iPad kat aussie 620 dollar… dlm RM1600-1700..
.-= Amir´s last blog ..Jom Boikot Barangan Israel dan Yahudi =-.
@Amir,
Memang la.. tapi kalo campor ngan tax, ngan shipping, ngan tersekat kat kastam, bla2~~ kos die jaoh lagi tinggi =)
ha. bleh angkat iPad la pasni. hehe..
Myblog: rugi tak baca pelbagai cerita yang aneh, pelik, comel, ajaib disini
hi!
mengenai vshub, macam mana dengan pembayaran kita kepada pihak US?
Guna kredit kad? atau vshub tolong settle juga?
@Nina,
Dua2 pon buleh sbnanye.. huhu.. ikot mane yg convenient la.. kalo kredity card u xditerima, pon buleh bli barang jugak.. senang!!
hemmm, my sis memang gila kat vshub nie.. tak pandang yg lain dahh
@anak,
Please say thanks to ur sis for trusting us!! 😉