Salam sejahtera buat semua.
Setiap kali ada produk baru diperkenalkan di peringkat global seperti gajet-gajet canggih (iPhone, iPad, PS3 dan sebagainya) mesti produk ni akan keluar dulu di Amerika Syarikat (AS) dan kita di Malaysia putih mata je la menunggu produk tu nak sampai ke Malaysia.
Saya ada beberapa orang rakan yang melanjutkan pelajaran je AS dan Australia. Pada masa tu (tahun 2008) mereka semua dah mula pakai iPhone, sedangkan di Malaysia, baru tahun lalu iPhone dibawa masuk oleh Maxis. Sama juga la dengan Blackberry (BB) dan Google Nexus. Lagi tak best bila gajet yang dibawa masuk tu mesti lagi mahal.
Sampai satu tahap, ada kawan saya sanggup mengirim duit ke AS semata-mata nak menyuruh kawannya membeli iPhone bagi pihak kakaknya. Apa yang mendebarkan ialah duit yang dihantar menggunakan Western Union tu bukanlah dihantar ke alamat penerima, sebaliknya penerima kena pergi claim duit tersebut. Nasib baik masalah dah selesai.
Kan best kalau ada servis yang boleh membantu kita mendapatkan produk terus dari AS. Tapi, ada ke syarikat yang menyediakan servis seperti ini? Tanpa disedari, memang ada rupanya.
Terdapat satu servis yang dinamakan vsHub (Virtual Shopping Hub) yang dimulakan oleh dua orang rakyat Malaysia dengan kolaborasi rakan kongsi di Amerika untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan penyediaan servis membeli belah dalam talian (online) ini, pengguna di Malaysia diberikan pilihan yang lebih baik untuk mendapatkan produk yang dikeluarkan terus di AS.

Bahagian bawah ialah ‘US Shipping Address’. Maklumat di atas telah disunting semula.
Selepas mendaftar di laman web vsHub, pengguna akan diberikan ‘US Shipping Address’ yang akan menjadi alamat barang-barang tersebut dihantar. Kenapa alamat di AS? Sebab merchant di AS tidak menyediakan servis penghantaran ke luar negara dan kalau ada pun, sangatlah mahal servis penghantaran tu. Alamat di AS tu adalah alamat pejabat vsHub di AS. Kemudian, vsHub akan hantar barang tersebut ke alamat rumah kita, mengikut apa yang kita telah daftarkan dengan vsHub.
Jadi, setiap kali kita mahu membeli dengan merchant di AS, kita hanya perlu masukkan ‘US Shipping Address’ dan urusan penghantaran seterusnya akan disetelkan oleh vsHub. Biasanya penghantaran akan mengambil masa selama seminggu atau dua ke tiga hari untuk penghantaran ekpress.
beliamuda: Untuk langkah pertama, daftar dengan vsHub dan urusan pendaftaran ini adalah percuma sahaja. Caj hanya dikenakan apabila kita menggunakan servis vsHub. Jika anda ada apa-apa pertanyaan berkaitan dengan servis vsHub, sila tinggalkan dalam ruangan komen dibawah.

Leave a Reply