Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 mulai 16 April 2010.

Keputusan kemasukan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Cara Semakan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
    3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja

Pendaftaran

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
  • Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

Rayuan

  • Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara dalam talian.
  • Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011.

Comments

150 responses to “Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011”

  1. aizuddin Avatar

    gud luck la sape dapat matrik nanti..kalau matrik johor..lecturer best..hehe
    .-= aizuddin´s last blog ..Trick : Cara Senang Apply Widget Wowzio =-.

    1. zulaikha Avatar

      @aizuddin, adik sy dapat KMJ.. hehe.. sy KMNS.. =)
      .-= zulaikha´s last blog ..penipu yang terkantoi!! apakah?? =-.

    2. tasha Avatar
      tasha

      @aizuddin, best erk…

  2. Sakira Avatar

    Rasa-rasa yang lepasan Diploma punya, result kuar bila ekk ?
    .-= Sakira´s last blog ..Tips : Why Buat Satu Entry Kalau Boleh Buat Dua ? =-.

    1. ain Avatar
      ain

      @Sakira, minggu pertama bulan jun

  3. […] Entri Berkaitan Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 […]

  4. […] [Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011] […]

  5. asyiqin Avatar
    asyiqin

    alhamdulillah..Allah perkenankan doa sy..syukur sgt..dpt kat KMPk..

  6. Yana Avatar

    baru cek..
    matrik gambang..
    .-= Yana´s last blog ..Panggilan Temuduga Sesi Akademik Julai 2010 =-.

    1. nurain Avatar
      nurain

      @Yana, tahniah..sya pn dpt kt gambang gak..6t bleh la kwn eh..hehe

  7. ikin Avatar

    sape matrik johor, angkat tangan!
    .-= ikin´s last blog ..Surat pekeliling PETRONAS =-.

    1. tasha Avatar
      tasha

      @ikin, saya…..

  8. aizzaq Avatar
    aizzaq

    mtrik perak…….tlong bgi clue ckit…

  9. kero Avatar

    Salam,
    sy bru check & alhamdulillah dapat..

    tapi nak tanya sket camne study kat matrik r? dengar crita susah..
    ni yg x brapa semangat ni..

    btw, thx admin for the quick link update =)

  10. aina Avatar

    haha…Matriks Melaka la jawabnyee..
    what if ,now i accept matriks..
    then could i like stop and choose upu..
    or if i accept matriks they wont give me upu..
    or wat??..im confuse

    1. FASONG Avatar
      FASONG

      @aina, aku gse kau xkan dapat r,kau bkn bgs mne pn

      1. aurora Avatar
        aurora

        @FASONG, sy nk tnye soklan yg same cam aina…plezz answer dat ques..kalo tolak metrix,cmner??bleyh ke??coz takot dpt u..

    2. tina Avatar
      tina

      @aina, biasenye,upu pn akan dapat jika betul2 layak ngn kos y adik minta…
      tp bila dpt upu,mesti png giler nk pilih y mne 1…..
      upu hanya utk diploma…
      so,btla pilihan y terbaik…
      masuk matrik blh cepat sket nk bt ijazah…

      1. aina Avatar
        aina

        @tina, ye ke..
        kalo apply asasi kt u lain crite ke?..
        btw-thanks cause reply..:)

        1. tina Avatar
          tina

          @aina, y asasi 2 lain plak….
          kalu nasib baik,dpt la y asasi y adik pohon 2…
          tp lmbt sket kn result upu kn??
          utk selamat,masuk la dlu matrik…ble dh dpt asasi d u y adik mnta 2,adik blh keluar dr matrik kalu adik nk p asasi 2…..
          y paling takut kalau adik tolak matrik n asasi pn adik xdpt jgk…
          2 bahaya…

          1. aina Avatar
            aina

            @tina, ooo…
            upu result mmg kuar lmbt..
            ooo..cm 2 ek..kne msk matriks dlu bru ble kuar..
            ok..ok..thanks tina!~!
            appreciate it soo much!!..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge