Tarikh Pengumuman Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Akhirnya, tanda tanya tarikh pengumuman dan semakan keputusan untuk kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2010/2011 telah diumumkan. Baca lanjut di bawah.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan untuk mengikuti program matrikulasi, boleh mengetahui keputusan permohonan mereka mulai 16 April ini.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi

Menurut Kementerian Pelajaran, semakan boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi KPM/MOE dan memasukkan nombor kad pengenalan serta angka giliran SPM pemohon.

Semakan juga boleh dibuat dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOEMATNO KP (pelajar) dan hantar ke talian 15888.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 juga boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja) untuk mengetahui keputusan permohonan tersebut.

Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 10 Mei dan surat tawaran serta maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi atau kolej Mara berkenaan.

Rayuan

Pelajar yang layak dan telah memohon, namun gagal mendapat tempat boleh membuat rayuan terus melalui internet mulai 16 hingga 30 April.

Keputusan rayuan boleh diketahui pada 24 Mei melalui laman web, SMS serta talian bantuan Bahagian Matrikulasi.

BERNAMA

Comments

68 responses to “Tarikh Pengumuman Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011”

  1. loi Avatar

    masa interview jpa piln,saya minta bljr kat dlm negara.boleh ke tu?klu tk dpt piln,adakah kita automatik d twrkan ke uvrsti dlm negara..tajaan jpa?

    1. beliamuda Avatar

      @loi, pasal ni, saya tidak pasti.

  2. husnaa Avatar

    salam~~~
    camne klu sy terlepas temuduga jpa..?
    masih ade hrpn ke sy nk dptkn biasiswa jpa?

    1. beliamuda Avatar

      @husnaa, untuk luar negara ke ni? kalau ya, mmg dah tutup pun. tgh tunggu result je skg.

    2. afam Avatar
      afam

      @husnaa, saya pon terlepas interview jpa. tak tau nak buat ape dah

  3. JaybrieL Avatar
    JaybrieL

    Bila ada lagi permohonan masuk ke matrix??

    1. beliamuda Avatar

      @JaybrieL, untuk sesi tahun ni dah tiada. sesi tahun depan pula.

  4. kaira Avatar
    kaira

    untuk program dua tahun matrikulasi kite kne mhon ke????

    1. beliamuda Avatar

      @kaira, maaf, saya tak pasti. mungkin diserap daripada permohonan yang tidak layak untuk PST sebab rasanya tiada pun permohonan yang dinyatakan secara terus untuk dua tahun (mungkin~)

  5. azry Avatar
    azry

    salam….saya ialah salah seorang calon spm 2010 ini….dan saya amat berharap untuk memasuki program matrikulasi ini selepas spm…macam mana saya nak buat demikian ya?…minta tunjuk ajar…

    1. beliamuda Avatar

      @azry, buat permohonan kepada pihak matrikulasi KPM.

      1. azry Avatar
        azry

        @beliamuda, bolehkah saya berdaftar daripada sekarang?

        1. beliamuda Avatar

          @azry, pendaftaran memang telah dibuka pun.

      2. azry Avatar
        azry

        @beliamuda,hmmm kalo gitu…sy kene beli nom. pin tuh dulu ke? n nk beli di mane?

        1. beliamuda Avatar

          @azry, num pin tu boleh dibeli di BSN.

          1. azry Avatar
            azry

            @beliamuda,kalau dah beli nom pin tuh…nanti kene buat apa pula ye dgn nom pin tuh?minta maaf la kalau byk tanya…sy kurang reti semua neh….harap dpt tunjuk ajar…:)

          2. beliamuda Avatar

            @azry, kat dalam web yang disediakan ada minta masukkan num pin tu.

  6. fazzwan Avatar
    fazzwan

    nk tanye ni betul ke untuk masuk matrik,keputusan trial spm pun di ambil kira jgak?

    1. beliamuda Avatar

      @fazzwan, setahu saya, tidak. hanya keputusan SPM sebenar diambil kira.

  7. anabella Avatar
    anabella

    kalau laa..kalau je laa kn..
    result cntik,tp xdpt matrik..
    nk bt cmner?
    bley suggest??
    🙂

    1. beliamuda Avatar

      @anabella, anda tak mohon UPU ke?

  8. anabella Avatar
    anabella

    matrik n asasi??
    yg mane lg senang nk jadik doktor?

    1. beliamuda Avatar

      @anabella, susah juga nak jawab ni. rasanya bergantung kepada result jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge