Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 mulai 16 April 2010.

Keputusan kemasukan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Cara Semakan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
    3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja

Pendaftaran

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
  • Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

Rayuan

  • Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara dalam talian.
  • Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011.

Comments

150 responses to “Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011”

  1. eady Avatar

    erm..btol kew klu da dpat matrikulasi, asasi x dapat???

    1. saye Avatar
      saye

      @eady,

      x semestinya

      1. nurain Avatar
        nurain

        @saye, cm2 eh..mntk2 x la kan

  2. aim Avatar
    aim

    gile btol 6A pun xdapat matrik, ak tensionnnn

    1. saye Avatar
      saye

      @aim,

      ade yg x credit or d tak?

    2. FASONG Avatar
      FASONG

      @aim,

  3. iwan Avatar
    iwan

    Aduiw..ta dapat matrik la,4A jea kut dapat. Haish! =(

    1. aida Avatar
      aida

      @iwan, sya dpt 4a,,dpt jer mtrik..mgkin yer tgok sbjek kot..

      1. iwan Avatar
        iwan

        @aida, itu sudah smesti..tpi pelik la yg tk de A pun bleh pegi. mgkin saingan utk sains tgi kut!

        1. aida Avatar
          aida

          @iwan, mgkin jgak kot…ye ker x de A pon leh g?ad org kte yer tgok add math..tpi tak thulah…

  4. wany@me Avatar

    congrates sape yg dpt matriks..,,,,,spe ag yg dpt peng???

  5. cg Avatar
    cg

    saya dapat 8A,2B+..Pun tak dpt juga!!!!

    1. must92 Avatar
      must92

      @cg, biar betol..ada subjek lain lg tak yg tak kredit or D??

      1. fara Avatar
        fara

        @must92,
        saya dpt 9a 1b pun x dpt…x ada rezeki kot

        1. must92 Avatar
          must92

          @fara, kite ada 8a,1b n 2c.. terok lg..check la g skali..confirm ke..

          1. fara Avatar
            fara

            @must92,
            betul, lebih 5 kali dah check, guna internet & sms…
            awk ada x mhon biasiswa ?

          2. must92 Avatar
            must92

            @fara, ada.biasiswa yayasan tm.skarang dah sampai stage 3(interview). tapi yg tu engineering.. saye tak pegi kot..

      2. fara Avatar
        fara

        @cg… ada mhon biasiswa jpa ke?

        1. cg Avatar
          cg

          @fara,

          saya ada memohon biasiswa JPA…dah temuduga di PICC..
          tapi takut tak dpt juga…saya memohon dlm negara

      3. cg Avatar
        cg

        @must92,

        saya tak ada ada D atau tak kredit pun…
        kawanku yg belajar di convent dpt 10A juga tak dpt juga..

        1. fara Avatar
          fara

          @cg,
          samalah! saya pun mhon biasiswa JPA gak… tp susah gler interview tu, rasa mmg x dpt ah…
          so awk bt rayuan ke??
          awk aritu mintak sains ke akaun?

          1. cg Avatar
            cg

            @fara,

            kuminta akuan…tapi ku ialah pelajar aliran sains..

  6. wany@me Avatar

    spe dpt pnang eh????huhu

  7. Azfarnds Avatar
    Azfarnds

    HAHAHAHAH
    saye x dpt….
    tp x pe la…
    bkn rezeki…^^

  8. ernie Avatar
    ernie

    saya dpt labuan. tp dalam application form aritu saya tak letak labuan dlm choice sy pun. knape leh dpt labuan ek. sy tak nak labuaannnnnn. diorg tak ptimbangkan pilihan ktorg ke? abis tu nape nk suroh ktorg pileh. geram la.

    1. sumaiyah Avatar
      sumaiyah

      @ernie, Allah yg maha menentukan..:)

      1. Wintz Agnes Avatar

        @ernie :: Saya pun dapat Labuan gak and memang Labuan langsung takde dalma pilihan. Tapi,apakan daya..terima je lah.. Tapi,belum fikir lagi sama ada nak ke Matriks atau tak.. Huhu..

        1. ernie Avatar
          ernie

          @Wintz Agnes, awak dok sarawak ke? sbb slalu nye diorang campak budak2 swak sabah ke labuan tu la. unless kalo pakai address semenanjung. nk tanye ni, JPA PIDN tu dh dibuka blom ek? confuse la.

  9. ernie Avatar
    ernie

    cmne aku boleh dpt labuan ekkkkkkkk

  10. must92 Avatar
    must92

    matriks kedah!!!! mak teh,,,saya datang..hehe

    1. nurain Avatar
      nurain

      @must92, salam..nk smk matrik cmner eh?? dri tdi cba..p xdpt2.. sdh tol la

      1. must92 Avatar
        must92

        @nurain, dekat entri ni kan ada link..kitaorang klik je kat situ

        1. nurain Avatar
          nurain

          @must92, alhmdulillah da dpt.. thanks..n congrates tuk awk eh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge