beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Diposkan oleh yang telah menulis 1110 entri

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Seperti yang diberitahu dalam pengumuman Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011, para pemohon boleh mula membuat semakan mulai hari ini, 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.

Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.

Proses semakan dan kemaskini boleh dilakukan di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011. Untuk membuat semakan dan kemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM sebelum membuat pindaan dan pembetulan.

Ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.

Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

08

February
2010
Masa: 7:00

162 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. CL

    thnx beliamuda..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @CL, sama-sama.

    [Reply]

    wawa Reply:

    @CL, nak tanya boleh matrikulasi 1 tahun ditukar kepada 2 tahun. takut ni nak wat 1 tahun

    [Reply]

    shasha Reply:

    @CL, apa syarat untuk masuk matrikulasi?boleh tak nak ambil aliran lain?tapi, kami dari aliran lain..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @shasha, yg tu kena tengok dalam kelayakan minimum.

    [Reply]

  2. kiki

    camna nk wt rayuan??kalu diew ckp x lyak mna2 aliran,,bleyh wat rayuan ak??ada cra len x?tq kpd sesiapa yg sudi membn2…

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @kiki, rayuan boleh dibuat selepas keputusan matrik itu disemak.

    [Reply]

  3. dahlia

    cm ne nak wat rayuan??nk klik kt ne??

    [Reply]

  4. Moshi2

    Sesiapa tau macam mana nak membuat rayuan secara online, boleh tunjukkan bagaimana?

    [Reply]

  5. eiyka

    mcm mana nak taw samada ta dpt taw x?semakan pun xleh . .

    [Reply]

  6. harth

    mcm mana nak lulus rayuan?apa kriteria yg mereka tgok utk lulus rayuan?tq,:)

    [Reply]

  7. ANES

    jika add math dan bio sy dpt D,ada peluang ke tak sy nak dpt matrik??

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ANES, payah tu…

    [Reply]

  8. ria

    bila keputusan rayuan matrik keluar?

    [Reply]

    vanes Reply:

    @ria, sabar lah ye. Saya pun tengah tunggu keputusan rayuan matrik ni..huhuhu

    [Reply]

  9. moshi2

    kalau buat rayuan tp x dpt
    boleh dpt untuk program dua tahun?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @moshi2, maaf, saya tak pasti.

    [Reply]

  10. Eyrin

    Jikalau saya tiada basic sains stream , bolehkah saya memohon matrik kedoktoran di kolej matrikulasi ?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Eyrin, tak boleh.

    [Reply]

  11. suzan

    hai,saye nak tanye..adakah pihak matriks akan tentukan tmpt kolej matriks dan jurusan utk sye berdasarkn result spm, ataupun berdasarkn pemohonan/pemilihan saye sendiri?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @suzan, anda dibenarkan memilih, kemudiannya akan ditentukan daripada pilihan anda dan kesesuaian.

    [Reply]

  12. suzan

    lagi 1,mase form 5,saye amik jurusan sains, so bole x klau sye amik jurusan perakaunan dlm matriks? sye xde basic perakaunan!

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @suzan, rasanya boleh (seperti yang dicatat dalam syarat permohonan).

    [Reply]

  13. ana

    salam sejahtera,saya nak tanya,kalau saya tak ambil matematik tambahan boleh dapat matrikulasi ke?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ana, macam tak boleh je.

    [Reply]

  14. nk msuk matrik…

    [Reply]

  15. mizdum2..

    uii geng..amcm knun mw ksi msuk pin number tu???

    [Reply]

  16. sara

    salam..lau addmath ngan kimia dpt c+ cam ne leh msk tk

    [Reply]

  17. jerron

    apa syarat2 masuk ke matrikulasi? tq

    [Reply]

  18. nk tnye neyh,,mse sy buat p’mohonan matrik,,dia ada suruh print borang p’mohonan tu kn?? skarang neyh mcamana kalau borang p’mohonan tu hilang? mcmana dgn p’mohonan sy tu????? adakah sy akn ditrima klau x mmbwa skali borang t’sbut nti?

    [Reply]

  19. dayah puteh

    kalu belia muda baca ni.. tolong jawab ea. saya nak ambik undang2. sjarah saya A. BM=A+ addmath=c pen.islam=A.. saya dari science stream. agak2 boleh tak kalu saya ambik undang2? lagi satu, macamana kita nak tahu yang kita terpilih masuk matriks? sesiapa yang tahu tolong jawab ea.. SAYA MERAYU..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @dayah puteh, pasal undang2 tu, saya kurang pasti. untuk matrik, keputusan akan keluar sekitar bulan April nanti. boleh buat semakan secara online.

    [Reply]

  20. faeq

    salam.if sya trlupa buat semakan kemasukn,still ada peluang dpt mtriks tak?thx beliamuda C:

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @faeq, wasalam. yup, still ada. jangan risau ya!

    [Reply]

  21. BILA TARIKH NAK SEMAK RAYUAN MATRIK 2011???????????

    [Reply]


2 Trackbacks/Pingbacks

  1. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010 | beliamuda {dot} com 08 02 10
  2. (Notis Awal) Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2010 | beliamuda {dot} com 18 03 10

Komen anda

CommentLuv badge