Salam sejahtera buat semua.
Setiap hasil pelaburan kita boleh menghasilkan untung mahupun kerugian. Mungkin juga ini berkaitan dengan nasib, skill ataupun suatu suratan yang telah ditetapkan.
Bercakap mengenai tajuk di atas, bagaimana RM4 boleh menjadi RM50? Ini bukanlah iklan mengenai suatu pelaburan mahupun kegiatan skim cepat kaya yang tak kaya-kaya pun. Ini adalah suatu penceritaan mengenai suatu kisah yang terjadi seminggu yang lalu.
Sekitar pukul 12 tengah hari, dengan mata-mata yang masih berpinar-pinar pasal baru bangun dari tidur, sedikit kecewa sebab servis Internet tidak kedapatan. Tambah kecewa sebab wifi masih belum menerima kemasukan laptop ni.
Nak online punya pasal, guna je la Nokia 5800 XM sebagai modem. Ingat nak online sekejap je sebab pukul 2 tu ada miting dengan bos ETP 35, Kana. Kebetulan (?), sejak dari pagi lagi tak makan.
Online je, terus buka twitter, ada kicauan daripada Denaihati mengenai contest yang baru dijalankan. Sangat menarik hadiahnya dan tempoh masa contest yang sangat panjang iaitu sehingga ke hujung tahun ini!
Untuk lebih lanjut mengenai contest itu, boleh baca di sini [Menangi Acer Aspire One].
Masa tu, ingatkan tak nak buat lagi entri pasal contest tu sebab Internet pun tak stabil. Lepas tu perasan kicauan Denaihati yang menyebut tentang kejutan untuk peserta pertama. Kebetulan masa tu masih tiada peserta yang menghantar entri pertama.
Masa sejam tamat, dilanjutkan dengan sejam lagi mencukupkan jumlah bayaran RM4. Masa sudah menghampiri jam 2, memaksa saya memohon miting ditunda ke sejam kemudian yang kemudian ditunda lagi atas permintaan Kana sendiri ke pukul 4 (yang penting kerja jalan, siap seperti dikehendaki).
Alang-alang dah online semula, teruskan hasrat untuk menjadi yang pertama. Entri ditaip seadanya dan yang penting mesej tercapai. Entri berjaya disiapkan dan saya akhirnya berjaya menjadi peserta pertama. Imbuhan sebagai peserta pertama, RM50 diberikan oleh penganjur. Dengan itu, bermulalah cabaran Acer Aspire One!
beliamuda: Rakan blogger yang belum menyertai lagi contest ni, sila jangan lepaskan peluang ini. Imbuhan RM20 diberikan kepada mereka (blogger) yang menjadi referal kepada contest ini.
Tahniah bro sebab dapat RM50
.-= wazy´s last blog ..Al-Kisah MiRC =-.
@wazy, terima kasih.
bestlah dapat duit w/pn cuma RM50. klu dpt menang contest Denaihati lg best..lappy baru tuu..
.-= Nadri´s last blog ..Dimanakah “Blogawan” Mendapat Sumber Maklumat Untuk Blog Mereka? =-.
@Nadri, nak bertahan lama tu yg payah.
wah!
aku nak cube ,masuk lah, mana boleh lepaskan peluang ini.
.-= fiD´s last blog ..Apa dia ibu paling termuda di dunia? =-.
@fiD, jejom~
Tahniah bro… Dapat RM50 sebab submit contest paling awal 😀
@imran, terima kasih~
wah tahniah.. tu la namanya rezeki.. bagus2..
.-= boss´s last blog ..Email Yang Mendebarkan =-.
@boss, terima kasih.
alamdulillah~
rezeki kamu
huhu tahniah
.-= mokteh´s last blog ..PRK-P94: Hulu Selangor Milik Siapa? =-.
@mokteh, terima kasih~
tahniah!
.-= ariff´s last blog ..Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 8) – Metallica World Magnetic Tour 2010 Live in Moscow =-.
@ariff, terima kasih…