Nota Malam: (Bab 3) Bukan Tanya Sama Pokok

Salam sejahtera buat semua.

pokok gersang

Aku pelik juga kadang-kadang dengan sikap sesetengah orang ni. Untuk suatu hal yang sangat mudah, mereka cenderung untuk merumitkannya. Kenapa la nak menjadikan keadaan lebih rumit?

Untuk lebih spesifik, cuba hayati keadaan ni. Katakanlah korang tanya sesuatu kepada seseorang. Soalan yang mudah je la sebenarnya. Tapi dijawabnya tiada apa-apa. Padahal mesti ada sesuatu disebaliknya.

Ok, mungkin ada yang akan kata, “tu hak dia la”. Memang itu hak dia, tapi bukan ke jadi tak best kalau lepas tu orang yang bertanya tu tahu apa sebab sebenarnya. Kalau lepas tahu hal sebenar dan ianya hal yang berat dan sulit, boleh la terima jugak. Sekali dapat tahu benda tu sangat remeh je sebenarnya.

Kenapa susah sangat nak jawab eh? Malas sangat nak cakap eh? Tak pun ada “halangan” untuk memberi jawapan? Padahal dia yang bertanya dulu dan mahu kita menjawab. Apabila ditanya balik kenapa bertanya, tak mahu pula nak beritahu. Heh…

beliamuda: Sebab kita bukan cakap dengan pokok. Kita cakap dengan manusia yang punya hati dan perasaan.

Comments

8 responses to “Nota Malam: (Bab 3) Bukan Tanya Sama Pokok”

  1. penaberkala Avatar

    banyak parang banyak garam,
    banyak orang banyak ragam

    sabor je la
    pernah gak ada situasi macam ni
    .-= penaberkala´s last blog ..MAGIC =-.

    1. ikin Avatar

      @penaberkala, lain padang lain belalang aa.. 😛
      .-= ikin´s last blog ..marah itu merugikan =-.

  2. yoy Avatar

    rambut same hitam(kalu tak kaler)
    hati dah sah2 lain2..
    abaikan segala yg negatif:)

  3. ikin Avatar

    tanya sama pokok, pokok kata tanya angin..bila tanya angin, angin suruh tanya awan..
    dalam cerita detective conan, watak Sharon n cikgu judy suka quote, “a secret makes a woman woman” ~

  4. Nadri Avatar

    mungkin tak paham soalan yang ditanya kots..
    .-= Nadri´s last blog ..Dimanakah “Blogawan” Mendapat Sumber Maklumat Untuk Blog Mereka? =-.

  5. mokteh Avatar

    teringat masa kat asasi dulu
    Prof Md Yusof selalu cakap ‘don’t complicated the situation’
    .-= mokteh´s last blog ..PRK-P94: Hulu Selangor Milik Siapa? =-.

  6. lepixie Avatar
    lepixie

    ala biarla budak tu..
    biasanya bila dia tanya ko soalan, pastu ko tanya dia nape dia tanya soalan tu, maknanya dia ada sesuatu nak cakap, tapi x ready lg. Lama2 nanti bila member ko tu dah ready, ko tak mintak pun dia
    bg tau jugak. patience~patience~~ haha

    1. beliamuda Avatar

      @lepixie, ok2. sabar2… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge