RM4 Yang Menjadi RM50

Salam sejahtera buat semua.

RM50 baru

Setiap hasil pelaburan kita boleh menghasilkan untung mahupun kerugian. Mungkin juga ini berkaitan dengan nasib, skill ataupun suatu suratan yang telah ditetapkan.

Bercakap mengenai tajuk di atas, bagaimana RM4 boleh menjadi RM50? Ini bukanlah iklan mengenai suatu pelaburan mahupun kegiatan skim cepat kaya yang tak kaya-kaya pun. Ini adalah suatu penceritaan mengenai suatu kisah yang terjadi seminggu yang lalu.

Sekitar pukul 12 tengah hari, dengan mata-mata yang masih berpinar-pinar pasal baru bangun dari tidur, sedikit kecewa sebab servis Internet tidak kedapatan. Tambah kecewa sebab wifi masih belum menerima kemasukan laptop ni.

Nak online punya pasal, guna je la Nokia 5800 XM sebagai modem. Ingat nak online sekejap je sebab pukul 2 tu ada miting dengan bos ETP 35, Kana. Kebetulan (?), sejak dari pagi lagi tak makan.

Online je, terus buka twitter, ada kicauan daripada Denaihati mengenai contest yang baru dijalankan. Sangat menarik hadiahnya dan tempoh masa contest yang sangat panjang iaitu sehingga ke hujung tahun ini!

Untuk lebih lanjut mengenai contest itu, boleh baca di sini [Menangi Acer Aspire One].

Masa tu, ingatkan tak nak buat lagi entri pasal contest tu sebab Internet pun tak stabil. Lepas tu perasan kicauan Denaihati yang menyebut tentang kejutan untuk peserta pertama. Kebetulan masa tu masih tiada peserta yang menghantar entri pertama.

Masa sejam tamat, dilanjutkan dengan sejam lagi mencukupkan jumlah bayaran RM4. Masa sudah menghampiri jam 2, memaksa saya memohon miting ditunda ke sejam kemudian yang kemudian ditunda lagi atas permintaan Kana sendiri ke pukul 4 (yang penting kerja jalan, siap seperti dikehendaki).

Alang-alang dah online semula, teruskan hasrat untuk menjadi yang pertama. Entri ditaip seadanya dan yang penting mesej tercapai. Entri berjaya disiapkan dan saya akhirnya berjaya menjadi peserta pertama. Imbuhan sebagai peserta pertama, RM50 diberikan oleh penganjur. Dengan itu, bermulalah cabaran Acer Aspire One!

beliamuda: Rakan blogger yang belum menyertai lagi contest ni, sila jangan lepaskan peluang ini. Imbuhan RM20 diberikan kepada mereka (blogger) yang menjadi referal kepada contest ini.

Comments

28 responses to “RM4 Yang Menjadi RM50”

  1. Pisyek Avatar

    ces~ patut la..

    hahaha…
    .-= Pisyek´s last blog ..GTalk korang stylo ke? =-.

  2. eyriqazz Avatar

    saya sudah sertai..menarik contest ini..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Terimakasih Anonymous | Most Malay Blogger Sucks??? =-.

  3. penaberkala Avatar

    menarik nampak gayanya

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, tu la pasal.

  4. aizuddin Avatar

    jasa si burung..berbaloi2
    .-= aizuddin´s last blog ..Achik Spin Meninggal Dunia, Al-Fatihah (Tragedi 17 April 2010) =-.

  5. MC Avatar

    jadi referal yg trbanyk pon dpat duit..?cool!
    .-= MC´s last blog ..[GAMBAR] Jom Pekena Asam Pedas Gajah Di Afrika! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @MC, kalau tak silap, setiap ref tu ada hadiahnya.

  6. Mus Avatar

    bertuahnya badan..
    .-= Mus´s last blog ..Pengalaman Menemani Isteri Bersalin =-.

  7. rashid Avatar

    makin hari..makin ramai…huhu

  8. rashid Avatar

    Bagus organizer kontes-kontes nih..aku pun ada gak menang..hehe..

  9. Amir Avatar

    Tahniah sbb menang RM50. 🙂
    .-= Amir´s last blog ..Jenazah Achik Spin Selamat Dikebumikan =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Amir, terima kasih.

  10. Wan Perlis Avatar

    bertuah hang
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge