Salam sejahtera buat semua.
Soalan ini sebenarnya diajukan oleh rakan sekumpulan dalam projek ETP, yang mana mereka ini sangatlah bijak dalam mencari peluang memerli saya dengan gelaran beliamuda.
Sebaik sahaja soalan ini diajukan, saya mula ligat berfikir. Kenapa ya? Belum sempat ayat jawapan spontan terkeluar, seorang lagi rakan sekumpulan yang juga sangatlah suka mengenakan orang lain, Kuyam, menjawab dengan selambanya, “Untuk seseorang.”
Sebelum saya mengulas lanjut hal ni (sebagai jawapan kepada soalan ini), apa pula sebab anda berblog? Suka-suka? Atau terikut dengan trend semasa, terutamanya selepas blogger terkenal seperti Redmummy masuk paper tempoh hari?
beliamuda: Sneak peek untuk jawapan di atas ada dalam tagline beliamuda {dot} com dan dijelaskan secara ringkas dalam Mengenai Penulis.

Leave a Reply