Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 mulai 16 April 2010.

Keputusan kemasukan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Cara Semakan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
    3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja

Pendaftaran

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
  • Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

Rayuan

  • Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara dalam talian.
  • Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011.

150 thoughts on “Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

  1. sye bwu form 5..n bwu beli num pin matrikulasi..tp ble nk isi borang scara online dye tulis ‘error’..dh byk kali saya try..tetap sama jgk..tlg jwb soalan saya nie..

  2. sy ex student matrik sesi 09/10, tp transkrip dr KPM sy blom dpt, yg sy dpt hnya trnskrip smentara. macamana sy nk dptkn trnskrip dr KPM tu?

  3. salam..
    saya nk tanya,bilakah kputusan twaran ke matrix bg pelajar spm 2010 keluar dan bagaimana untuk melihat kptusan tersebut??

  4. Pingback: Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge