Kesibukan Bulan April Menghampiri Klimaks

Salam sejahtera buat semua.

Bulan-April

Bagi semester Januari, bulan April adalah antara bulan yang paling sibuk dengan segala macam hal. Kebiasaannya, dalam bulan inilah akan datang segala projek-projek besar dalam setiap subjek dan tugasan-tugasan yang berat.

Esok, hari penilaian untuk projek ETP. Diharapkan segalanya berjalan dengan lancar. Sejak dua tiga hari ni sibuk dengan sentuhan terakhir bagi projek ni. Kebetulan pula saya ditugaskan untuk membuat poster bagi projek kumpulan kami.

Tugasan utama bagi setiap subjek juga mula menghampiri tarikh akhir untuk dihantar. Test 2 untuk setiap subjek juga mula menyusup masuk ke dalam jadual harian. Dengan hadirnya ETP pada sem ni, sedikit sebanyak terganggu tugasan lain.

Penilaian terakhir untuk subjek PCS (Personal Communication Skill) iaitu Persuasive Presentation juga akan dilaksanakan dalam tiga minggu akan datang. Tajuk yang akan saya bawakan ialah “To Blog On WordPress Self-Hosted Platform”. Harap-harap mendapat yang terbaik untuk penilaian terakhir ni.

Berakhirnya April, Mei bakal menjelang tiba dengan Final Exam sebelum bermulanya alam internship nanti. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan.

beliamuda: [1] Komen-komen yang diposkan sebelum ini tidak dapat dibalas dalam masa terdekat. Harap maklum. [2] Gambar di atas adalah daripada kalendar P1 Wimax yang ada sign Michael Lai (CEO P1 Wimax).

Comments

34 responses to “Kesibukan Bulan April Menghampiri Klimaks”

  1. safwanz Avatar

    ok dh jd dah comluv ak
    .-= safwanz´s last blog ..Quran Flash =-.

  2. supel Avatar
    supel

    kesibukan etp berakhir~
    kesibukan laen pula menanti…
    😀

    1. beliamuda Avatar

      @supel, yup, betul tu. lega2~

  3. Fazreen Avatar

    Good luck bro!

    1. beliamuda Avatar

      @Fazreen, tq~

  4. mokteh Avatar

    wah….terbaik lah kamu punya tajuk presentation!!
    kagum nya saya!!
    btw…gudluk! belum present lahi kan?
    .-= mokteh´s last blog ..The Next 10 Years =-.

    1. beliamuda Avatar

      @mokteh, yup, belum lagi. tajuk tu ubah sikit. tpi still skop yang hampir sama.

  5. penaberkala Avatar

    argh, april bakal berlabuh
    may pasti menjenguh
    siap sedia utk itu
    .-= penaberkala´s last blog ..3 IDIOTS =-.

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, final exam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge