Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MPM tadi, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “STPM nombor kad pengenalan” dan hantar ke 36363, atau menaip “STPM Result nombor kad pengenalan” dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM (keputusan STPM 2009 secara online) di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian.

Berita dipetik daripada BERNAMA

beliamuda: Maknanya tarikh keputusan SPM 2009 juga telah semakin hampir. Mendebarkan? Semoga yang terbaik untuk semua.

Comments

33 responses to “Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2009”

  1. faiz Avatar
    faiz

    xsabonye…..hope get 5 principle A…..hehe

  2. njean Avatar
    njean

    asalam….alamak berdebar-debar betul bila sebut pasal spm 2009….entah apa lah result sy….sy berserah n tawakal je dgn Allah….sy da buat yg terbaik jd result yg Allah tentuankan utk sy tentunya terbaik utk sy jg…..sy doakan agar calon2 SPM n STPM 2009 dapat result yg cemerlang…Amin……

  3. matpapaya Avatar
    matpapaya

    25 feb????alamak..awalnyer tahun ni???ini bermakna MPM makin mantap!! semantap result yg bakal kuo.Aku dah buat yg terbaik..hopefully result gempak laaa..papun aku nak ucap bebanyak tahniah la kat MPM kerana mendahului result SPM.bg aku la,,secara peribadi, MPM lebih komited,efision,mantap.dedikasi dan berwibawa berbanding dengan LPM(Lembaga Peperiksaan Malaysia) yang entah apa2 ntah.Kalu korang tak caya..cuba lihat timetable dan pengredan SPM dengan STPM.Harap Lembaga contohi MPM yang dah jauh mendahului kalian.Tahniah MPM!!!!!!!!!!!!10 bintang untuk anda dan setengah bintang utk LPM.

    1. jo Avatar
      jo

      go…MPM .go….

  4. ida Avatar
    ida

    tktnye result nk kuar…..ase cam xnk amik jewww…..

  5. […] sahaja tarikh keputusan STPM 2009 diumumkan tempoh hari, khabar angin tentang tarikh keputusan SPM 2009 semakin bertiup […]

  6. noor fardila bt ahmad radzi Avatar
    noor fardila bt ahmad radzi

    huhu….mampoih la wei…x tau ar pe ak nyer result.minx2 allah bgi y terbaek.insyaallah..kalo x dpt msuk u x tau la pe nak jd ngan aku nih..

  7. fardila Avatar
    fardila

    ek?bgus ar da confident level tngi.y ak ni x tau ar dpt pe nti.

  8. daneswari Avatar

    nape awal sgt nie. aduh kecut perutku

  9. awang Avatar
    awang

    alamak,,, tk lma lgi kuar kptusan spm,,, pa2 pun doa jak la,,,,

  10. bella Avatar
    bella

    awal atau lambat bkan mslh..kpsn ttp sm.lg awal lg cepat tanggung derita penantian yang terlalu berat ini…

    1. sue Avatar

      @bella,yer2 btul tu,tapi dbran di hti ni smkin kncang…n tak sbar jgak nak tgok kptsan stpm ni..pernantian untk sesuatu mrpakan stu peyeksaan dlam dri ini…hehehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge