(Mawi ft Zamani) Tak Mungkin Berpaling – Dinyanyikan Semula

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Di atas permintaan seorang pembaca yang menginginkan lagu yang dinyanyikan semula oleh Mawi dan Zamani iaitu Tak Mungkin Berpaling, minggu ini dipersembahkan lagu tersebut.

Saya tak tahulah bila masa pula Mawi dan Zamani feat sekali untuk lagu ni. Jarang dengar radio. Huhu. Lagu asal sudah semestinya dinyanyikan oleh kumpulan Slam. Ada berubah sikit la dia punya rentak tu. Terumata part yang Mawi bawa. Mana boleh sama dengan Zamani punya stail kan?

Apa-apapun, korang layan klip video lagu Tak Mungkin Berpaling versi feat yang dijumpai di Youtube. Bukan klip video sebenar, tapi agak lawak jugakla. Layankan~

*****

Lirik Lagu Tak Mungkin Berpaling – Mawi ft Zamani

Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana mu, tak lagi mengerti hatiku

Ulang rangkap 3

Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu
Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya

*****

Apa komen pasal video tu? Haha. Rajin sungguh orang yang buat video tu. Kenapa mesti tandas yang menjadi latar? Sebab dah tak boleh nak tahan-tahan lagi ke? :D

Part awal-awal je yang keluar muka. Masa Mawi punya part la. Sekali dengan kartun tu pun hampir botak. Mawi World~ :P

Rasanya orang yang minta tu nak donwload lagu ni kan? Maaflah. Download link untuk lagu Tak Mungkin Berpaling ni tak disediakan. Pandai-pandai la beli sendiri, tak pun pergi cari sendiri.

beliamuda: Versi feat ni ke atau versi asal yang Slam nyanyi lagi best?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

  1. Pingback: (Mawi ft Zamani) Tak Mungkin Berpaling - Official Video | beliamuda {dot} com

  2. mmg bez sgt3 lgu ni…..mmg lyn r…gbngn suara mawi n zamani mmg mntap….!!!!gud work mawi n zamani… ;)