Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MPM tadi, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.