Keputusan Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Salam sejahtera buat semua.

Berani Gagal

Akhirnya, keputusan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL telah diumumkan semuanya. Bermula dengan pengumuman entri popular yang dikira melalui undian, kemudian diikuti dengan pengumuman keputusan kedudukan di dalam enjin carian google.com dan google.com.my untuk hadiah utama.

Entri yang ditulis tempoh hari tidak terpilih untuk undian akhir entri paling popular, namun mampu menggondol hadiah utama melalui kedudukan di enjin carian. Entri tersebut berjaya muncul dalam Top 10 (muka pertama keputusan carian kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”) untuk kedua-dua google.com dan google.com.my.

Pada masa penilaian untuk keputusan, entri tersebut berada di tangga keenam di google.com manakala di tangga kedua untuk google.com.my. Saya bernasib baik kerana entri asal mengenai contest ini (daripada blog Denaihati, penganjur) berada di atas saya untuk kedudukan di google.com dan seterusnya melayakkan saya untuk mendapat hadiah utama bagi kedudukan lima teratas.

Saya juga layak menerima RM50 untuk imbuhan bagi referral untuk contest ini. RM50 tersebut telah pun dimaklumkan kepada Denaihati untuk dimasukkan ke dalam Tabung Adik Ammar.

Inilah kali pertama saya menyertai contest seumpamanya. Terima kasih kepada penganjur iaitu Denaihati di atas contest yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan ini. Terima kasih juga kepada referral saya, MrBintang dan juga pemenang-pemenang yang lain terutama aenaz (salah seorang peserta di bawah referral saya) yang berjaya menggondol ranking pertama di google.com.my.

beliamuda: Sedikit sambungan mengenai contest ini di lain entri. Kesibukan memaksa saya meluangkan sedikit sahaja masa untuk berblog.

Comments

15 responses to “Keputusan Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”

  1. aizuddin Avatar

    tahniah bro..bila nak buat kenduri lak ni?hehe…
    pasni boleh la wat tips seo..
    .-= aizuddin´s last blog ..Nokia 5800 XpressMusic Menjadi Milikku =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, nanti kita tengok apa yang boleh dibuat. 🙂

  2. Samdaddycool Avatar

    Wah… manyak RM wooooo .. best.. best.. tahniah ek!
    .-= Samdaddycool´s last blog ..#@%*&!* …. ptuiii… Kurang ajar!!! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Samdaddycool, terima kasih~

  3. topo Avatar

    tahniah.. hohoho bila mau open table buat kenduri? hohoho
    .-= topo´s last blog ..Tips Paling Asas Untuk Mengubahsuai Tema WordPress =-.

    1. beliamuda Avatar

      @topo, kita tgk la nnti macam mana… 🙂

  4. yang Avatar

    tahniah….
    .-= yang´s last blog ..hari yang penuh misteri… =-.

    1. beliamuda Avatar

      @yang, terima kasih~

  5. Wan Perlis Avatar

    congrat..blh belanja minum ni.hehe

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, terima kasih…

  6. ariff Avatar

    congratz!! Boleh buat competition ni 😀
    .-= ariff´s last blog ..Jalan Jalan Beijing (Part 6) =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, ko nak wat competition kan?

  7. Aenazkin Skywalker Avatar

    tahniah beliamuda, usaha anda berbaloi 😀

    1. beliamuda Avatar

      @Aenazkin Skywalker, ko nya lagi la berbaloi2.. 😀

  8. denaihati Avatar

    Terima kasih keran sudi join contest dan sudi buat entri khas ni. Aku sedang memikir next contest yg boleh bagi manafaat kepada seramai manusia yg boleh.
    .-= denaihati´s last blog ..KEPUTUSAN Ranking HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge