Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MPM tadi, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “STPM nombor kad pengenalan” dan hantar ke 36363, atau menaip “STPM Result nombor kad pengenalan” dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM (keputusan STPM 2009 secara online) di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian.

Berita dipetik daripada BERNAMA

beliamuda: Maknanya tarikh keputusan SPM 2009 juga telah semakin hampir. Mendebarkan? Semoga yang terbaik untuk semua.

Comments

33 responses to “Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2009”

  1. Jadul Avatar
    Jadul

    waaa… sy igt kan 10-20/03 tu result stpm kuar… rupanya awal thn ni…
    haiyaaa.

  2. SYAD Avatar
    SYAD

    bile plak tarikh keputusan STAM 2009 akan diumumkan??

    1. SYAH Avatar
      SYAH

      @SYAD,

      insyallah..klu sahih bite nih..4 mac 2010..
      information ni dpt dr guru2 di maahad muhammadi..
      pe2 pn..same2 kite doa yg tbaek dr Allah..

    2. beliamuda Avatar

      @SYAD, tak tahu lagi.

  3. Wan Perlis Avatar

    semakin berdebar la budak2 stp ni.hehe
    good luck u’all.pasti blh sambung u terus.
    Thanks beliamuda letak banner blog aku.yay
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Artis Kita Semakin Bangang – suam-suam kuku =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, sama-sama.

  4. leeya Avatar

    huwaa..spm tak lame lagi..mety dalam minggu pertama atau kedua bulan 3,,takot la..good luck dak2 stp ^^

  5. pujah.. Avatar

    bia betol..npe awl sgt taun ni..ak da mengelabah rs..
    .-= pujah..´s last blog ..mengelabah aku.. =-.

  6. ilani_tiz Avatar
    ilani_tiz

    25 feb..,arghh…tidakkkkk….!!!!!!!!!!!!!!!! isk..isk..

  7. siti sakina Avatar
    siti sakina

    btl ke rslt STPM kua 25 feb nie??? taky nye….

  8. zety Avatar
    zety

    mak oi,,awl gle stp thn nie kua..!!peh,,cm tk cya la siak..!!mudah2an result ku baek..!!amin…dh uat yg terbaek meyh…!!!

  9. sham Avatar
    sham

    napela awl sgt result stpm kuar tahun nih…takutnya aku………….

    1. zety Avatar
      zety

      @sham, thu tk per kn!!!cpt plak kua..tk debar2 lak an!!!

  10. ezul Avatar
    ezul

    tkot nye ak???? result spm da dekat cgt neh???
    insyaallah result ak gempak gak..ak ykin hndred prcnt!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge