Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun

Salam sejahtera buat semua.

surat saman utp
Surat saman tersebut. Inilah contoh surat saman di UTP. Satu untuk pelajar, satu untuk Financial Department

Sungguh tragis semalam. Saya sudah melengkapi semua syarat-syarat dan peraturan semasa berada di kawasan blok akademik. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke Information Resource Center (IRC). Kawasan panas kot.

Boleh kata kawasan segitiga bermuda yang paling berbahaya jika tidak mematuhi peraturan. Pak guard bersiap sedia dengan surat cinta keramatnya tu. Bila-bila masa-masa je boleh ditulis.

Malang tidak berbau. Malas punya pasal, beg yang sepatutnya diletak di kawasan bawah telah diletak di kawasan larangan. Awalnya ingatkan selamat. Dah sebelum ni tak pernah kena apa-apa kecuali tiga tahun yang lalu.

Ya, tiga tahun lalu. Malam-malam terakhir semester pertama di UTP. Beg yang diletak di kawasan larangan (yang ni lagi terlarang daripada tragedi semalam) telah dirampas dan berada dalam kuarantin sehinggalah dituntut. Nak tuntut tu kena berkenalan dengan petugas tu dulu. Kena tulis semua info peribadi berkaitan. Tabah je la.

Berbalik kepada tragedi semalam. Daripada segi pakaian, memang dah patuhi 100%. Kasut, baju dan kad matrik. Silapnya beg yang tidak diletak di kawasan yang dibenarkan sahaja.

Pada awalnya, memang dah perasan Pak guard tu ronda-ronda dalam kawasan IRC. Tapi tak terdetik pulak akan kantoi. Kalaulah saya keluar awal sikit semalam…

Habis mengemas segala alatan dan barang di meja, saya beredar ke kawasan letak beg. Terlihat Pak guard dah sedia berada di situ. Masa tu rilek je la, walaupun dah ada rasa tak sedap hati. Melintas di depan Pak guard dengan slumbernya.

Namun, semasa saya sedang memasukkan barang ke dalam beg, Pak guard datang menegur. Dimintanya kad matrik sambil menunjukkan ke arah notis yang berada di bahagian belakang saya. Aduh. Nak kena saman la ni…

Nak kata tak nampak notis tu, memang tak logik la alasan sebab memang peraturan ni dah lama dah. Nasib baik langsung tak menyumpah dalam hati. Haha. Serius ni. Memang redha je la. Terima seadanya. Nasib baik saman RM10 sahaja.

Saman dalam UTP ni, kalau tak dibayar, boleh menghalang pelajar daripada mengambil slip peperiksaan dan keputusan peperiksaan. Dahsyat betul. Kalau kena saman trafik, saman peraturan berpakaian dan saman malu, lagilah mahal…

beliamuda: Kalaulah boleh bayar saman ni secara online, lagi lah senang. Ni nak kena pergi ke Financial Department la pulak… Saman oh saman. Harap-harap ini bukan yang pertama untuk banyak yang bakal mendatang… 😀

Comments

47 responses to “Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun”

  1. kuyam Avatar

    eh mmg xleh ke letak situ skrg ni?
    ishhh…letih la nak kena turun ke bawah tu
    huhuhu~
    .-= kuyam´s last blog ..Mahu jumpa taylor swift? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, dah lama dah. sebab malas turun la kena saman. padahal beg kosong jek. adeh~

  2. zuls Avatar

    ada hikmahnya tu, waktu kat unversiti masalah saman ni mungkin enteng, oklah tu. Kalau kat tempat kerja buat salah lagi teruk, especially yang melibatkan kos, boleh tak lulus akreditasi OSHA etc.

    1. beliamuda Avatar

      @zuls, betul2. anggaplah ia sebagai amaran dan peringatan untuk masa depan.

  3. Pisyek Avatar

    tahniah kerana di saman dengan bergaya sekali… hehe…

    dlu aku igt nk buat rekod x penah kene saman sepanjang 7 sem d UTP tp da x boleh…

    sbb kene saman sem lepas… hoho… T__T
    .-= Pisyek´s last blog ..What goes around comes around =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, apa kes lak ko kena saman?

      1. Pisyek Avatar

        @beliamuda, aku kne saman sbb tak tutup kipas time g solat jumaat,

        T__T huhu…
        .-= Pisyek´s last blog ..Pentingkah status MSC Malaysia ni? =-.

        1. beliamuda Avatar

          @Pisyek, oh. time duk v1/v2 eh?

          1. Pisyek Avatar

            @beliamuda, ye, betul, dan tepat sekali…. haha…

            tapi skg ni da duk kat v3, atas skali plak tu… hehe…
            .-= Pisyek´s last blog ..Girls and their whatever, anything and you decide =-.

          2. beliamuda Avatar

            @Pisyek, best la dapat panjant tangga hari-hari. haha~

  4. zul Avatar

    lame dh kot xleh letak beg kat bahagian atas tu..aku bese letak kat luar IRC tempat meja bulat tu…xperlu nk naik turun tangga..

    1. beliamuda Avatar

      @zul, tu la silapnya. patut letak luar jek.

  5. Mr. Cuz Avatar

    kecian ko bro kene saman..xpe2..nnt ko saman blk pakcik tu..huhu ssh gak yer kat UTP..huhu takut aku nak masuk sana..hehe
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..Command & Conquer 3 Kane’s Wrath Trainer =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mr. Cuz, strict kot sekarang ni. masuk boleh je. hehe~

  6. denaihati Avatar

    Sekecil mana pun kejadian dalam hidup ini pasti ada HIKMAHnya
    .-= denaihati´s last blog ..Pelabur Swisscash boleh buat tuntutan sebelum 10/2/10 =-.

  7. una Avatar
    una

    pk saman ape la td..
    nway pengajaran=p

    1. beliamuda Avatar

      @una, hehe. betul tu.. 😀

  8. nazra Avatar

    anggap ja surat cinta, tak leh ke cik belia 😀
    .-= nazra´s last blog ..Hati parah, sendiri salah… =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, nak anggap camtu, tapi dah ada surat cinta yang lain. kalau tak, memang jadi surat cinta la.

  9. Si Naga Avatar

    gilerlaa..
    selepas 3 tahun 1 saman?
    aku setahun penuh dah laci kereta aku ngan saman..
    ada gak 2-3 ratus gak satu sem selepas mintak diskaun..
    pelajar contoh dia ni..

    1. beliamuda Avatar

      @Si Naga, ko pakai kereta. sebab tu la banyak je saman. aku kereta pun takde. asal tak kena kad matrik ngan pakaian, mmg bersih la.

  10. andakang Avatar
    andakang

    salam. nak tnya, klau kena sman trafik kat uk pastu kita nak masuk balik kat sana bleh x? ke nnti sangkut kat imigresen?

    1. beliamuda Avatar

      @andakang, bayar la dulu saman trafik tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge