beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 404 entri

Salam sejahtera buat semua.

surat saman utp
Surat saman tersebut. Inilah contoh surat saman di UTP. Satu untuk pelajar, satu untuk Financial Department

Sungguh tragis semalam. Saya sudah melengkapi semua syarat-syarat dan peraturan semasa berada di kawasan blok akademik. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke Information Resource Center (IRC). Kawasan panas kot.

Boleh kata kawasan segitiga bermuda yang paling berbahaya jika tidak mematuhi peraturan. Pak guard bersiap sedia dengan surat cinta keramatnya tu. Bila-bila masa-masa je boleh ditulis.

Malang tidak berbau. Malas punya pasal, beg yang sepatutnya diletak di kawasan bawah telah diletak di kawasan larangan. Awalnya ingatkan selamat. Dah sebelum ni tak pernah kena apa-apa kecuali tiga tahun yang lalu.

Ya, tiga tahun lalu. Malam-malam terakhir semester pertama di UTP. Beg yang diletak di kawasan larangan (yang ni lagi terlarang daripada tragedi semalam) telah dirampas dan berada dalam kuarantin sehinggalah dituntut. Nak tuntut tu kena berkenalan dengan petugas tu dulu. Kena tulis semua info peribadi berkaitan. Tabah je la.

Berbalik kepada tragedi semalam. Daripada segi pakaian, memang dah patuhi 100%. Kasut, baju dan kad matrik. Silapnya beg yang tidak diletak di kawasan yang dibenarkan sahaja.

Pada awalnya, memang dah perasan Pak guard tu ronda-ronda dalam kawasan IRC. Tapi tak terdetik pulak akan kantoi. Kalaulah saya keluar awal sikit semalam…

Habis mengemas segala alatan dan barang di meja, saya beredar ke kawasan letak beg. Terlihat Pak guard dah sedia berada di situ. Masa tu rilek je la, walaupun dah ada rasa tak sedap hati. Melintas di depan Pak guard dengan slumbernya.

Namun, semasa saya sedang memasukkan barang ke dalam beg, Pak guard datang menegur. Dimintanya kad matrik sambil menunjukkan ke arah notis yang berada di bahagian belakang saya. Aduh. Nak kena saman la ni…

Nak kata tak nampak notis tu, memang tak logik la alasan sebab memang peraturan ni dah lama dah. Nasib baik lansung tak menyumpah dalam hati. Haha. Serius ni. Memang redha je la. Terima seadanya. Nasib baik saman RM10 sahaja.

Saman dalam UTP ni, kalau tak dibayar, boleh menghalang pelajar daripada mengambil slip peperiksaan dan keputusan peperiksaan. Dahsyat betul. Kalau kena saman trafik, saman peraturan berpakaian dan saman malu, lagilah mahal…

beliamuda: Kalaulah boleh bayar saman ni secara online, lagi lah senang. Ni nak kena pergi ke Financial Department la pulak… Saman oh saman. Harap-harap ini bukan yang pertama untuk banyak yang bakal mendatang… :D


05

February
2010
Masa: 16:20

44 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. Peh.. saman salah park beg rupanya.. Aku ingt kena saman ngan polis tadi.. Isk3..
    kertaz´s last blog ..What In The Hell Happen To Me? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @kertaz, tak pernah lagi kena saman dek polis. lagi banyak kalau kena tu.

    [Reply]

  2. wooo.. smpai begitu skali yer?
    alhamdullilah 2 thn kt uitm neh, tak penah kena sman lg. hehe~ even byk gak melanggar peraturan. hehe~
    ayong_qiela´s last blog ..Editing =) My ComLuv Profile

    [Reply]

    Pisyek Reply:

    @ayong_qiela, UTP makin lame makin strict… nk jaga ISO kot.. hoho…
    Pisyek´s last blog ..What goes around comes around My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, dan jaga duit.. huhu~

    [Reply]

  3. da agk kna saman uni. kwn i br kna saman sbb pakaian :P

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @eyra, haha. kalau bab pakaian lagi mahal.

    [Reply]

    eyra Reply:

    @beliamuda, tahu takpe. kawan i duk KPTM tuh, kna saman pasal seluar je da rm100. mcm boleh beli suar baru

    [Reply]

  4. Mohaimin

    Mujur rm10 je.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Mohaimin, tu pasal. nasib baik lagi la. huhu~

    [Reply]

  5. rasanya kat malaysia je ada benda2 saman dalam uni ni..
    ariff´s last blog ..Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 4) – Main Snowboard Sampai Tak Ingat Dunia My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ariff, ye ke? kat rusia takde eh.

    [Reply]

    ariff Reply:

    @beliamuda,

    takde kot. hidup bebas je.
    ariff´s last blog ..Tutorial Cara Memasang Innity InText Ads My ComLuv Profile

    [Reply]

  6. loh, kes macam tu pun kena saman gak ke…ish3…
    Armyrule´s last blog ..Avatar 2009 DVDScr_MKV My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Armyrule, kena la. tambah2 tgh hot skg ni ngan pak gad saman student.

    [Reply]

  7. patut buat macam tu la kat UUM nih. student slumber je pakai baju bukan2. bukan nak kayakan UK pun, dwet salur kat student welfare juga..hehhe~

    rm10? rugi woo~ encik belia anggap je la tu sedekah.. UK-unit keselamatan.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, kalau buat kat UUM, mesti lagi banyak dapat. student lagi ramai kan? kat sini 5k je studentnya. tu pun dah banyak dapat. huhu~

    [Reply]

  8. mesti pak guard tu rasa banggga sbb saman ko sbb boleh koya jd polis hehe
    ariey´s last blog ..Cara Menipu User Online dengan Widget Who’s■Amung■Us. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ariey, tak pe ah. aku tak kisah pak gad saman aku, asalkan dak foreigner pun dia saman gak. kalau dak luar boleh dia wat lepas, panas gak.

    [Reply]

  9. Orang yang ke 16621. Kalau purata satu saman RM10, banyak juga UTP dah buat duit :)

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Tawel, itu kalau purata RM10. Ada je student yang mencecah RM500++.

    [Reply]

  10. aku x penah kene lg…wahaha
    hazwan´s last blog ..Tunas Cemerlang 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hazwan, kekalkan. huhu~

    [Reply]

  11. eh mmg xleh ke letak situ skrg ni?
    ishhh…letih la nak kena turun ke bawah tu
    huhuhu~
    kuyam´s last blog ..Mahu jumpa taylor swift? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @kuyam, dah lama dah. sebab malas turun la kena saman. padahal beg kosong jek. adeh~

    [Reply]

  12. ada hikmahnya tu, waktu kat unversiti masalah saman ni mungkin enteng, oklah tu. Kalau kat tempat kerja buat salah lagi teruk, especially yang melibatkan kos, boleh tak lulus akreditasi OSHA etc.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @zuls, betul2. anggaplah ia sebagai amaran dan peringatan untuk masa depan.

    [Reply]

  13. tahniah kerana di saman dengan bergaya sekali… hehe…

    dlu aku igt nk buat rekod x penah kene saman sepanjang 7 sem d UTP tp da x boleh…

    sbb kene saman sem lepas… hoho… T__T
    Pisyek´s last blog ..What goes around comes around My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, apa kes lak ko kena saman?

    [Reply]

    Pisyek Reply:

    @beliamuda, aku kne saman sbb tak tutup kipas time g solat jumaat,

    T__T huhu…
    Pisyek´s last blog ..Pentingkah status MSC Malaysia ni? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, oh. time duk v1/v2 eh?

    [Reply]

    Pisyek Reply:

    @beliamuda, ye, betul, dan tepat sekali…. haha…

    tapi skg ni da duk kat v3, atas skali plak tu… hehe…
    Pisyek´s last blog ..Girls and their whatever, anything and you decide My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, best la dapat panjant tangga hari-hari. haha~

  14. lame dh kot xleh letak beg kat bahagian atas tu..aku bese letak kat luar IRC tempat meja bulat tu…xperlu nk naik turun tangga..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @zul, tu la silapnya. patut letak luar jek.

    [Reply]

  15. kecian ko bro kene saman..xpe2..nnt ko saman blk pakcik tu..huhu ssh gak yer kat UTP..huhu takut aku nak masuk sana..hehe
    Mr. Cuz´s last blog ..Command & Conquer 3 Kane’s Wrath Trainer My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Mr. Cuz, strict kot sekarang ni. masuk boleh je. hehe~

    [Reply]

  16. Sekecil mana pun kejadian dalam hidup ini pasti ada HIKMAHnya
    denaihati´s last blog ..Pelabur Swisscash boleh buat tuntutan sebelum 10/2/10 My ComLuv Profile

    [Reply]

  17. una

    pk saman ape la td..
    nway pengajaran=p

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @una, hehe. betul tu.. :D

    [Reply]

  18. anggap ja surat cinta, tak leh ke cik belia :D
    nazra´s last blog ..Hati parah, sendiri salah… My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, nak anggap camtu, tapi dah ada surat cinta yang lain. kalau tak, memang jadi surat cinta la.

    [Reply]

  19. gilerlaa..
    selepas 3 tahun 1 saman?
    aku setahun penuh dah laci kereta aku ngan saman..
    ada gak 2-3 ratus gak satu sem selepas mintak diskaun..
    pelajar contoh dia ni..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Si Naga, ko pakai kereta. sebab tu la banyak je saman. aku kereta pun takde. asal tak kena kad matrik ngan pakaian, mmg bersih la.

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan