Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

surat saman utp
Surat saman tersebut. Inilah contoh surat saman di UTP. Satu untuk pelajar, satu untuk Financial Department

Sungguh tragis semalam. Saya sudah melengkapi semua syarat-syarat dan peraturan semasa berada di kawasan blok akademik. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke Information Resource Center (IRC). Kawasan panas kot.

Boleh kata kawasan segitiga bermuda yang paling berbahaya jika tidak mematuhi peraturan. Pak guard bersiap sedia dengan surat cinta keramatnya tu. Bila-bila masa-masa je boleh ditulis.

Malang tidak berbau. Malas punya pasal, beg yang sepatutnya diletak di kawasan bawah telah diletak di kawasan larangan. Awalnya ingatkan selamat. Dah sebelum ni tak pernah kena apa-apa kecuali tiga tahun yang lalu.

Ya, tiga tahun lalu. Malam-malam terakhir semester pertama di UTP. Beg yang diletak di kawasan larangan (yang ni lagi terlarang daripada tragedi semalam) telah dirampas dan berada dalam kuarantin sehinggalah dituntut. Nak tuntut tu kena berkenalan dengan petugas tu dulu. Kena tulis semua info peribadi berkaitan. Tabah je la.

Berbalik kepada tragedi semalam. Daripada segi pakaian, memang dah patuhi 100%. Kasut, baju dan kad matrik. Silapnya beg yang tidak diletak di kawasan yang dibenarkan sahaja.

Pada awalnya, memang dah perasan Pak guard tu ronda-ronda dalam kawasan IRC. Tapi tak terdetik pulak akan kantoi. Kalaulah saya keluar awal sikit semalam…

Habis mengemas segala alatan dan barang di meja, saya beredar ke kawasan letak beg. Terlihat Pak guard dah sedia berada di situ. Masa tu rilek je la, walaupun dah ada rasa tak sedap hati. Melintas di depan Pak guard dengan slumbernya.

Namun, semasa saya sedang memasukkan barang ke dalam beg, Pak guard datang menegur. Dimintanya kad matrik sambil menunjukkan ke arah notis yang berada di bahagian belakang saya. Aduh. Nak kena saman la ni…

Nak kata tak nampak notis tu, memang tak logik la alasan sebab memang peraturan ni dah lama dah. Nasib baik langsung tak menyumpah dalam hati. Haha. Serius ni. Memang redha je la. Terima seadanya. Nasib baik saman RM10 sahaja.

Saman dalam UTP ni, kalau tak dibayar, boleh menghalang pelajar daripada mengambil slip peperiksaan dan keputusan peperiksaan. Dahsyat betul. Kalau kena saman trafik, saman peraturan berpakaian dan saman malu, lagilah mahal…

beliamuda: Kalaulah boleh bayar saman ni secara online, lagi lah senang. Ni nak kena pergi ke Financial Department la pulak… Saman oh saman. Harap-harap ini bukan yang pertama untuk banyak yang bakal mendatang… 😀

Comments

47 responses to “Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun”

  1. kertaz Avatar

    Peh.. saman salah park beg rupanya.. Aku ingt kena saman ngan polis tadi.. Isk3..
    .-= kertaz´s last blog ..What In The Hell Happen To Me? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @kertaz, tak pernah lagi kena saman dek polis. lagi banyak kalau kena tu.

  2. ayong_qiela Avatar

    wooo.. smpai begitu skali yer?
    alhamdullilah 2 thn kt uitm neh, tak penah kena sman lg. hehe~ even byk gak melanggar peraturan. hehe~
    .-= ayong_qiela´s last blog ..Editing =) =-.

    1. Pisyek Avatar

      @ayong_qiela, UTP makin lame makin strict… nk jaga ISO kot.. hoho…
      .-= Pisyek´s last blog ..What goes around comes around =-.

      1. beliamuda Avatar

        @Pisyek, dan jaga duit.. huhu~

  3. eyra Avatar

    da agk kna saman uni. kwn i br kna saman sbb pakaian 😛

    1. beliamuda Avatar

      @eyra, haha. kalau bab pakaian lagi mahal.

      1. eyra Avatar

        @beliamuda, tahu takpe. kawan i duk KPTM tuh, kna saman pasal seluar je da rm100. mcm boleh beli suar baru

  4. Mohaimin Avatar
    Mohaimin

    Mujur rm10 je.

    1. beliamuda Avatar

      @Mohaimin, tu pasal. nasib baik lagi la. huhu~

  5. ariff Avatar

    rasanya kat malaysia je ada benda2 saman dalam uni ni..
    .-= ariff´s last blog ..Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 4) – Main Snowboard Sampai Tak Ingat Dunia =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, ye ke? kat rusia takde eh.

      1. ariff Avatar

        @beliamuda,

        takde kot. hidup bebas je.
        .-= ariff´s last blog ..Tutorial Cara Memasang Innity InText Ads =-.

  6. Armyrule Avatar

    loh, kes macam tu pun kena saman gak ke…ish3…
    .-= Armyrule´s last blog ..Avatar 2009 DVDScr_MKV =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Armyrule, kena la. tambah2 tgh hot skg ni ngan pak gad saman student.

  7. ikin Avatar

    patut buat macam tu la kat UUM nih. student slumber je pakai baju bukan2. bukan nak kayakan UK pun, dwet salur kat student welfare juga..hehhe~

    rm10? rugi woo~ encik belia anggap je la tu sedekah.. UK-unit keselamatan.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, kalau buat kat UUM, mesti lagi banyak dapat. student lagi ramai kan? kat sini 5k je studentnya. tu pun dah banyak dapat. huhu~

  8. ariey Avatar

    mesti pak guard tu rasa banggga sbb saman ko sbb boleh koya jd polis hehe
    .-= ariey´s last blog ..Cara Menipu User Online dengan Widget Who’s■Amung■Us. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariey, tak pe ah. aku tak kisah pak gad saman aku, asalkan dak foreigner pun dia saman gak. kalau dak luar boleh dia wat lepas, panas gak.

  9. Tawel Avatar

    Orang yang ke 16621. Kalau purata satu saman RM10, banyak juga UTP dah buat duit 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @Tawel, itu kalau purata RM10. Ada je student yang mencecah RM500++.

  10. hazwan Avatar

    aku x penah kene lg…wahaha
    .-= hazwan´s last blog ..Tunas Cemerlang 2010 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, kekalkan. huhu~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge