beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Perlukah Seorang Blogger Mendedahkan Rahsianya?

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Salam sejahtera buat semua.

Zero Black RebellionKerahsian identiti sebenar di sebalik wajah Zero

Benda ni dah lama bermain di minda saya. Rahsia yang saya maksudkan di sini bukanlah rahsia berkaitan kehidupan peribadi seorang blogger. Apatah lagi rahsia yang berkaitan dengan negara. Tu pun kalau ada blogger yang tak sayang hidup nak kena penjara.

Yang dimaksudkan dengan rahsia di atas adalah berkaitan dengan blog yang diuruskan oleh seorang blogger tersebut. Tak kisahlah apa jenis blog pun. Daripada niche politik, gosip artis, isu semasa mahupun personal semata-mata.

Saya jadi lebih tertarik dengan hal ini apabila membaca komen Kak Jie di blog nazrien.com iaitu mengenai pendedahan kata kunci (baca: keyword) yang hot / panas di blog dia sendiri. Dipetik daripada komen Kak Jie tersebut:

dah serik dah nak publish keywords kat blog
rasa macam dikhianati kawan bila dia pun terus buat post tentang hal tersebut…

entri itu bukan isu semasa yang panas semusim
kalau isu semasa agak logiklah masing2 buat post yang sama

Rasanya, mesti ada para blogger lain yang pernah mendedahkan keyword yang pernah masuk ke blog sendiri. Kebiasaanya yang diambil terus daripada statistik yang disediakan nuffnang ke, atau apa-apa alatan statistik trafik blog yang lain.

Seingat saya, saya sendiri tak pernah lagi mendedahkan keyword yang masuk ke blog ni. Mungkin sebab saya kurang mengambil berat mengenai trafik yang selalu masuk ke beliamuda {dot} com kecuali sejak dua bulan yang lalu.

Satu lagi yang biasa seorang blogger tunjukkan ialah statistik blog masing-masing. Kalau tunjuk statistik sahaja, mungkin tiada masalah sangat. Kalau trafik tinggi, pembaca atau rakan blogger yang lain akan rasa kagum. Yang ni pernah la saya buat, terutama di kala tiada idea untuk menulis entri baru.

Jadi, apakah pandangan para blogger sekalian mengenai hal ini? Adakah anda pernah mendedahkan suatu hal kerahsian blog anda kepada rakan lain yang kemudiannya dimanipulasi oleh beliau?

Teringat kata-kata Bill Gates, dalam bisnes, walaupun anda adalah seorang kawan, kerahsian mengenainya tidak boleh didedahkan sama sekali.

beliamuda: Tahukah anda, apakah tagline blog ini? Ini bukan lagi rahsia. Haha~ [Entri pertama, 1 Februari 2010]

01

February
2010
Masa: 0:00

30 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. hurmm. aku ada je reveal. tapi blog aku belum la mantap lagi organic traffic ni. so macam xkisah sangat kot.
    ariff´s last blog ..Nak Jadi Gagah Punya Pasal My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ariff, hmm… ada gak terbaca ko cakap google tak index blog ko. aku kurang ngerti apa ko sebut tu. aku tengok molek je.

    [Reply]

    ariff Reply:

    @beliamuda, tengok kat google webmasters. tengok bilangan url
    submitted ngan url indexed.

    url indexed aku kurang daripada submitted. ada la dalam 30 lagi.
    ariff´s last blog ..Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ariff, o0o, macam tu rupanya. tak guna sitemap submit kat google?

    [Reply]

  2. aku tak de keyword :C
    TMUkmkd´s last blog ..Telinga Universal My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. aku tak faham nape aku slalu dapat trafik dari indonesia dengan keyword tazkirah…

    org malaysia xde usha tazkirah online eh..?

    hehe…
    Pisyek´s last blog ..What goes around comes around My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, ada je kot. cuma tak tersangkut ke blog pisyek. huhu~

    [Reply]

    ariff Reply:

    @Pisyek, orang malaysia suka layan red tube malaysia. haha..
    ariff´s last blog ..Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar My ComLuv Profile

    [Reply]

    Pisyek Reply:

    @ariff, patut la hot smacam je malaysia skg nih.. hahaha….
    Pisyek´s last blog ..What goes around comes around My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. Bila takut post atau keywordnya dicilok jangan post tengok sendiri ajer ler.
    best1of4′s blog´s last blog ..…Mampos kau! My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @best1of4′s blog, huhu. alamatnya, tak berblog la kan..

    [Reply]

  5. satu je aku boleh cakap beb…
    dalam apa juga perkara yg kite buat..
    kena bijak manipulasi hohoho

    aku sendiri tak pernah dedahkan keyword2 yang meletup..
    hehehehe tapi ada beberapa jenis keyword yg aku selalu post

    contohnya: http://topotato.com/2009/07/29/keyword-menarik-pelik-lucah-hahahaha/

    dan post ini.. http://topotato.com/2009/07/30/keyword-versi-baik-baik-pulak/

    hohoh pandai2 la.. memang dah jadi lumrah seorang blogger suka berkongsi beb.. :D

    p/s: wahai pakcik askimet yang kacak dan baik hati.. jangan la anggap komen ini spam ye.. hoohoh
    topo´s last blog ..5 Kesilapan yang Perlu Dielakkan Semasa Menulis Komen My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @topo, aku perasan jugak ko selalu masukkan keyword tu. lagipun, kalau entri kita dah betul2 mantap + lama dah kuasai, payah jugak nak gugat kedudukan tu.

    len kali nak berkongsi gaya topo gak la. boleh tak?

    ps: komen tak masuk spam pun, just kena minta kebenaran je.

    [Reply]

  6. kalau nak banyak traffic letak jer keywords yg ada unsur sex ke, xxx ke etc..laju jer traffic masuk…tapi posting x semestinya cerita pasal tu..hehehe aku penah cuba dulu..
    1tomyam´s last blog ..Toyota Camry Gantung Jualan : Contoh Kawalan Kualiti My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @1tomyam, jangan tak tahu yang aku pun pernah cuba. takde la laju trafik. tapi maintain la ada trafik. siot je kan.. haha~

    [Reply]

  7. xkisah sangat sbb xde pun org nk jelees dgn ku..hehe
    tiada apa yg perlu ditiru…

    btw, ade org ajar i, boleh tgk keyword blog tu…i dh try pd aried nyer blog..mmg betul…

    View Page Source jer..tp kalo blogspot je kut leh nampak..sbb test katsini xnampak laks..
    DaHLia´s last blog ..Krisdayanti & Siti Nurhaliza – Amarah My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @DaHLia, nak nampak apa nya kan? entri ni pun bukan dibuat untuk keyword. nak tanya pendapat rakan-rakan2 je. lagipun, keyword tu ada je dalam entri tersebut. kan2?

    [Reply]

  8. rasanya tak salah kot berkongsi keyword…
    lagipun ada google.. carik jer…

    *aku pon kekadang dah malas nak main keyword nie…
    menteil´s last blog ..Penatnya Kerja My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @menteil, kalau yg google sendiri tu, ada la usahanya.

    [Reply]

  9. he….23x

    dalam perniagaan, even dengan family sendiri pun perlu dirahsiakan… kekadang ade kes gunting dalam lipatan…

    sekurang2nya mereka boleh berfikir untuk mencari module terbaik untuk perniagaan bersama.. Jika pakai satu module yang sama takut nnt xnampak keberkesanannya.. kate orang se”pattern” je…
    framestone´s last blog ..Kenapa Isteri Curang My ComLuv Profile

    [Reply]

  10. aku selalu je share keyword yg sesat kat blog….hohoho
    kengkadang lawak2 je keyword yang masuk…

    kadang2 walau orang tau apa keyword yang memantapkan blog kita, tapi tak semua orang mampu untuk tulis sama seperti kita….
    HURULAINI´s last blog ..Begin Japanology My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @HURULAINI, keyword sesat tu macam tak sengaja. yang memang keyword kita tumpu, mungkin itu yang rasa tak sedapnya.

    [Reply]

  11. terpulang kepada citarasa dan niat…hik2..
    eyriqazz´s last blog ..Ada Apa Dengan Gambar? My ComLuv Profile

    [Reply]

  12. aku penah dedahkan~
    itu sebab time tu aku rasa agak lawak~
    but lately, aku tak nak lagi~
    sebab keyword sgt2 gila~

    T___T
    Lord Zara´s last blog ..Bila Biologi Dan Fizik Tidak Menyebelahi Aku, Kimia Buat Diri Kental Berdiri Dan Sejarah Menghidupkan Naluri Hati : Jangan Benci Sejarah. My ComLuv Profile

    [Reply]

  13. er..cane kite nak tau kite punye keyword blablabla? tapaham aa~ :P
    ikin´s last blog ..Kalau awak tanya saya.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, keyword tu kita sendiri yang tentukan kita nak kuasai yang mana.

    [Reply]

  14. Keyword aku ? Sorry nak bagi haha . Dalam meta tag aku tuh . ada maksudnya .tapi itu jer la aku bagi tau ! miahahaha

    sendiri pakai , sendiri godeh , sendiri faham , sendiri dapat ! haha
    Melz´s last blog ..Quiz Melz 9 | Can U Beat Michael Jordan ? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Melz, haha. dalam metatag tu, bot la yang besenya senang nampak.. :P

    [Reply]

  15. Tak jadi masalah nak tulis pasal trafik dan keyword. Tapi jangan lah marah kalau orang pakai keyword tu..
    zuls´s last blog ..Twitter : Antara Follower dan Kawan My ComLuv Profile

    [Reply]

  16. pastinya untuk lebih selamat elak drpd didedahkan.
    rasanya seo ada kaitan gak.
    terkejut bila tiap kat google kemanaarahkita..ada 10000 yg menaip perkataan ni.
    tagline untuk blog bagus untuk memudahkan org ingat kita.
    hmm..tagline..
    Life is SweeT :)
    Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut My ComLuv Profile

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Pasca Contest Menangi RM20 | beliamuda {dot} com 04 02 10

Komen anda

CommentLuv diaktifkan