Menjadi Tegar Dalam Penulisan Blog

Salam sejahtera buat semua.

Penulisan blog

Merujuk kepada makna tegar dalam Kamus Dewan Edisi Empat; [1] tidak dapat dilenturkan, keras kaku. [2] tidak dapat diubah, degil. Jadi, dalam konteks tajuk entri di atas, maksud tegar ialah sangat suka menulis blog. Bukan sembarangan tegar yang lirik lagu tu. Yang Rossa nyanyi tu eh?

Kalau tak silap, kali pertama saya dengar frasa mengenai tegar dalam penulisan ni melalui blog Melz. Kalau tengok blog dia, memang tahu la dia ni tegar sangat dalam penulisan. Entri mesti bertulis panjang. Tak macam entri di blog ni yang kadang-kadang gambar je banyak. Haha. Lain padang, lain belalang.

Kalau nak diikutkan hati, banyak je yang nak ditulis. Tapi melihat perkembangan semasa yang kurang enak untuk para blogger, ayat dalam penulisan kena jaga beb. Nanti kena saman. Tak pun masuk mahkamah. Macam kes komen dalam FB tu la. Tu baru tulis komen. Tapi dia kena tangkap sebab ada orang report la kan.

Para artis pun dah mula tembak blogger. Artis tu tak tahu ke yang dah makin ramai orang yang jadi blogger sekarang? Orang tulis blog pun dah macam tulis diari. Nasib badan la kalau nak kena kutuk ke, kritik ke. Lagipun yang biasa kena tu pun sebab benda buruk jugak. Paling tak boleh blah siap guna FB untuk buat group semata-mata nak kutuk artis. Saman-menyaman akan berlangsung la lepas tu rasanya.

Kebiasaannya, seseorang dapat menulis panjang dan banyak idea ni adalah orang banyak cakap kot. Aku pendiam je. Tak percaya boleh tanya rakan-rakan di sekeliling. Pendiam lebih baik daripada cakap main lepas je. Entah-entah hati mana yang terguris dengan kata-kata kita tu. Kalau tulisan, kita boleh semak dan baca balik. Tu pun kadang-kadang terlepas jugak ayat provokasi. Mudahnya, persepsi orang la untuk menafsir apa yang tersurat dan tersirat.

idea dalam jamban

Untuk menulis sesuatu yang bermakna bukan ambil masa sekejap. Kadang-kadang idea datang masa yang tak terduga. Paling banyak idea datang masa tengah buang air besar (ayat paling sopan ni). Jangan tak perasan yang korang pun pernah alami kan? Sampai saintis pun kaji fenomena ni. Kalau idea datang dalam mimpi, sedar-sedarkanlah diri pastu bangun catat dan tidur balik.

Kesimpulannya, menjadi tegar dalam menulis blog memerlukan skil dan ketajaman ayat.  Kalau tulis ayat penulisan ilmiah yang penuh skema yang dah jadi macam surat rasmi pun orang kurang tertarik pulak. Tulis gaya santai yang terbaik la eh? Walauapapun, jangan jadikan blog sebagai satu bebanan (hurulaini cakap, topo yang cakap), nanti stress je lebih bila berlaku benda tak diingi pada blog.

beliamuda: Tulis panjang-panjang, isi seciput je. Saya nak belajar membebel. Ok tak?

43 thoughts on “Menjadi Tegar Dalam Penulisan Blog

  1. ada orang cakap , blogger di dunia luar memang pendiam sebab tulah dia nak membebel kat blog

    rasanya tak tepat kot.

    pasal artis – dulu seminggu sekali orang baca gossip, habis baca membebel seorang diri..sekarang gossip tersebar sepantas angin menderu – terus tweet. Dan orang ada blog untuk menulis luahan/pendapat masing- nak tak nak artis kena terima benda2 ni…dulu ada 20 gossip seminggu – yang keluar akhbar mungkin 5…tapi sekarang…hari-hari ada gossip…akhbar pula kutib gossip dari blogger…:p

    p/s apa yg kita baca gossip hari Ahad tu, kita dah baca 2-3 hari sebelum tu..dah tak hangat lagi.
    ambek kau!
    .-= Kujie´s last blog ..Blog Mengeji Sultan Johor =-.

    • @Kujie, setuju dengan ulasan kak jie. Rasanya saya pun lebih kurang begitu. Seorang yang pendiam, dan jadikan blog sebagai tempat bebelan.

      beliamuda: kamu dah ada identiti penulisan yang tersendiri. tak perlu jadi macam penulisan orang lain. ok~
      secara tak sedar, setiap kali ada ‘berita hangat/tergempar’ blog kamu lah yang akan saya cari dulu. sebab kamu rajin update berita terbaru~ huhu~
      .-= Akuro San´s last blog ..3 VideoKlip Menarik Untuk Ditonton =-.

      • @Akuro San, kalau ada kesempatan, memang mampu untuk update mengenai berita hangat/gempar. tapi sekarang keadaan sudah berubah. permulaan sem baru dengan komitmen yang banyak, menyukarkan untuk update blog.

  2. salam…
    bagi blogger baru cam saya ni.. memang agak sukar nak jadi penulis yang tegar. Cuma kekadang jumpa blog yang semacam memberi inspirasi untuk menulis menjadikan rasa nak jadi penulis tegar…. tapi kekangan masa menjadi isu plak…
    apa yang penting nak cari isu dan cerita agar tiada pihak yang terguris… banyak citer plak ye
    .-= yangbaik´s last blog ..Amalan Terbaik Dalam Hidup (Siri 3) =-.

    • @yangbaik, betul tu. kadang2 bila blogwalking ke blog lain, semacam dapat inspirasi dan semangat untuk blog walaupun masa tu kita dah semacam takde mood. angkat ibu jari untuk blog seperti itu.

  3. hahahaha…..ending juga x boleh blah….haha

    neway, mungkin juga betul org pendiam byk je nak diluah dalam blog, tapi bagi aku sendiri…aku tulis panjang2 sebab biar info lengkap….orang cakap orang bidang engineering, otak dah biasa untuk kaji secara detail & precise 🙂

    tp betul la kan….bila dah tegar menulis blog, ada idea je mesti rasa nak tulis dlm blog….hehehe
    .-= HURULAINI´s last blog ..Blogger – We Care telah tamat…tapi kemanusiaan kita tidak… =-.

    • betul² kadang kita merapu tu sebab nak bitau details, bagi blogwalkers mungkin anggap membebel tapi bagi orang yang google topic tu diorang nak tau lebih. terpulanglah kat viewers kan~

      tapi aku dah tegar dah hehe bila ada benda baru dan menarik baru blog. kalau rajin 😮
      .-= nesca´s last blog ..New Nokia 5800XM Firmware =-.

    • @HURULAINI, i know. engineering mmg mcm tu. 😀

      tu pasal. setiap benda mesti nak tulis dalam blog. tapi kadang2 benda yang nak tulis tu jadi tak sesuai lak bila fikir dua tiga kali.

  4. wah2,panjang lebar beliamuda menulis.Tegar atau tidak,setiap orang ada cara mereka tersendiri.Beliamuda pun apa kurangnya,penulisan semakin mantap sejak akhir2 ini
    .-= eyriqazz´s last blog ..Pink Oh Pink =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge